Kalau korang peminat sambal pedas, mesti korang dah terbiasa dengar jenama Sambal Nyet daripada content creator makanan terkenal Malaysia, Khairulaming kan? Masih ramai yang kempunan tapi belum dapat rasa kerana selalu sold out dan habis stock sebab ramai yang beratur di atas talian untuk membelinya.
Review orang ramai pun cakap Sambal Nyet memang pedas dan boleh buat mengalir air mata. Sebab tu lah rasanya mantap digandingkan dengan makanan. Buat jadi chilli oil pun sesuai.
Tidak heranlah, dengan kreativiti yang digunakan, Sambal Nyet mampu memperoleh jualann berjuta-juta kan?
Semalam, Khairulaming mengumumkan beberapa kejutan baharu menerusi media sosialnya. Selepas setahun setengah beroperasi, dia mengumumkan bahawa penjualan Sambal Nyet sudah mencecah 1 juta botol penjualan. Ia menjadikan jumlah jualan sambal adalah RM14 juta ringgit.
Selain itu, dalam pengumuman sama, dia juga menyatakan bahawa pihaknya baru sahaja menambah kilang kedua di Kelantan yang akan beroperasi tidak lama lagi.
“Untuk berkembang maju, pihak kami akan tambah kilang yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet. Ia juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti,” jelasnya dalam ciapan di Twitter.
Ada juga bertanya kepadanya mengapa tidak membuka sahaja kilang baharu di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang atas faktor industri? Jawapan yang diberi Khairulaming menyedarkan semua pihak.
Menurut Khairulaming buka kilang di Kelantan adalah keputusan yang benar. Ini kerana dia mahu menyediakan peluang pekerjaan baharu di sana kerana seperti sedia maklum, peluang pekerjaan di negeri Kelantan agak begitu terhad.
Dia ingin membangunkan negeri kelahirannya dan menggalakkan juga orang lain berbuat perkara yang sama di negeri masing-masing. Ini kerana, Kuala Lumpur sudah terlalu padat dengan kesesakan dan seringkali mendatangkan tekanan.
Khairul Aming ingin seimbangkan kerja dan kehidupan, baik untuk dia dan juga pasukan kerjanya.
“Saya masih tinggal di Kuala Lumpur untuk bereskan kerja penciptaan kandungan. Sebulan sekali balik ataupun ikut keperluan ke Kelantan untuk jenguk operasi Sambal Nyet,”katanya.
Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi 🙏🏻 (Thread): pic.twitter.com/C0z0Y8wUT5
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Melihat kepada respon netizen, ramai yang memberi galakan positif dan menjadikan Khairulaming sebagai inspirasi bagi anak muda untuk masuk ke bidang ini.
“Tahniah Khairulaming. Suka tengok kejayaan kamu. Bagi peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan. For sure SME chain dekat Kelantan akan terus berkembang dengan jayanya,” ciap seorang netizen sebagai reaksi kepada pengumuman Khairulaming buka kilang di Kelantan.
Terima kasih Khairulaming kerana menyumbang kembali kepada masyarakat. Semoga sentiasa maju ke hadapan dengan utuh dan jaya.
Sumber: Khairul Aming
Baca juga: Tiada Lagi Pepsi: Restoran KFC Dan Pizza Hut Malaysia Bertukar Kepada Coca-Cola