Semua sudah sedia maklum berkenaan dengan isu hangat Sambal Nyet Khairulaming yang sold out hanya dalam masa 54 minit. Ramai rakyat Malaysia yang tidak sempat membelinya. Malah ada juga yang sempat membeli tetapi menyesal kerana beli satu atau dua botol sahaja. Nampaknya Sambal Nyet beliau begitu sedap dan laku keras!
Berikutan dengan Sambal Nyet beliau yang laku keras dan dinanti-nanti oleh orang ramai ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaku menjadi dropship, agent atau stokis. Malah sudah ada yang menjadi mangsa penipuan dan telah pun melakukan transaksi pembayaran melalui atas talian.
Sedangkan setakat ini, Khairulaming tidak mempunyai mana-mana stokis, agent atau dropship dalam menjual Sambal Nyetnya itu. Perkara tersebut baru sahaja dijelaskan sendiri oleh Khairulaming melalui Instagramnya. Menurut Khairulaming juga, pihak beliau tidak akan bertanggungjawab atas penipuan atau scam seperti ini.
Berikutan dengan kejadian tersebut beliau menasihatkan orang ramai agar melakukan pemeriksaan yang betul sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang.
https://www.instagram.com/p/CKDbqZyMp4T/?utm_source=ig_web_copy_link
Jadi buat anda diluar sana mohon lebih berhati-hati selepas ini ye. Benda viral ni ramai yang ambil kesempatan. Walau apa pun pastikan siasat betul-betul dahulu sebelum melakukan tindakan yang selanjutnya.
Sumber: Khairulaming