Memang tidak dinafikan, tanah air kita iaitu Malaysia mempunyai ramai para artis dan influencer yang mula menjual produk sendiri. Pelbagai jenis barangan dan produk yang dijual oleh mereka, daripada barangan alat solek hinggalah kepada pelbagai jenis produk makanan.
Antara influencer yang turut mengeluarkan produk makanan adalah Khairulaming. Beliau merupakan salah seorang influencer yang berjaya dalam perniagaan makanan iaitu Sambal Nyet.
Pernah menghebohkan jagat raya apabila beribu botol sambal habis terjual hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Malah terbaharu, beliau baru sahaja membina kilang Sambal Nyet yang kedua. Walaupun sudah hampir dua tahun berada di pasaran, sambal keluarannya tetap mendapat sambutan hangat.
Seperti mana yang baru dikongsikan oleh Khairulaming menerusi akaun TikTok berkenaan dengan rasa terharunya apabila beribu botol sambal nyet nya terjual sekelip mata. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas, notifikasi dari Shopee tidak henti-henti naik.
Sempat mengucapkan terima kasih kepada semua kerana 8,800 botol telah terjual dalam waktu yang amat singkat. Memang luar biasa hebat penangan sambal nyet ini, setiap kali dimuat naik ke dalam Shopee, terus habis dengan cepat.
Bahkan ramai yang terpaksa bersiap sedia lebih awal, itu pun kalau sempat grab. Kalau tidak, memang tak dapat nak merasainya lagi. Kesedapan sambal nyet ini sangat jelas, walaupun sudah 1 tahun 8 bulan berada di pasaran, namun hari ini sambal tersebut tetap mendapat sambutan hangat.
@khairulaming Selepas 1 tahun 8 bulan korang masih laju beli sambal. Tq guyss 🥺 #SambalNyet #MakanLokal
@khairulaming Selepas 1 tahun 8 bulan korang masih laju beli sambal. Tq guyss 🥺 #SambalNyet #MakanLokal ♬ New Home – Austin Farwell
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video yang dikongsikan oleh Khairulaming ini. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, kalau buat produk lain pun pasti laku keras. Ada juga yang sempat mendoakan Khairulaming agar semakin dimurahkan rezeki.
Tidak kurang juga ada yang berasa seronok apabila melihat perniagaan Khairulaming laris sebegini rupa. Malah ada juga yang sempat bertanya, maksimun berapa botol yang boleh dibeli, apakah masih lagi 2 botol namun jawapan Khairulaming sekarang dah naik ke 4 botol.
Perniagaan yang macam inilah yang perlu kita sokong, tidak menjatuhkan mana-mana orang. Hanya konsisten jual produk sendiri dan buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan. Jika sebelum ini, Khairulaming pernah gagal namun dia tidak pernah putus semangat.
Siapa sangka kan sekarang perniagaannya sangat laris dan walaupun sudah berada di pasaran bertahun lebih, namun tetap juga menjadi pilihan ramai. Kami doakan, semoga sambal nyet terus maju dan jaya.
Semoga dengan kejayaan tersebut, ia dapat membantu rakyat di Negeri Kelantan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Sumber: TikTok Khairulaming
Baca juga: Peniaga Nasi Lemak Kesal Dikhianati Pelanggan, Order 50 Bungkus Nasi Tak Jadi Ambil