Pegaga merupakan antara ulaman yang banyak khasiatnya. Ulam pegaga ini sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan juga negara lain. Pegaga ini memang bagus untuk kesihatan dan tubuh badan manusia kerana ia boleh digunakan untuk merawat luka kecil dan juga luka melecur.
Selain dari itu, ia juga boleh meningkatkan daya ingatan dan merawat kemurungan. Dalam masa yang sama ia juga boleh membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda jika diamalkan selalu.
Dan ada yang lebih menarik lagi adalah khasiat pegaga ini bukan terletak pada daunnya sahaja. Malah akarnya juga mempunyai banyak khasiat.
Orang dahulu sering menyediakan air akar pegaga ini untuk wanita dalam pantang. Hal tersebut adalah kerana pegaga ini dikatakan bagus untuk kecutkan rahim wanita. Seorang ahli group Petua Dan Herba, Ahda Nida ada berkongsi cara menyediakan air pegaga ini.
Caranya: Kisarkan semua bahan dan sedia diminum. Terpulang sama ada nak tapis dulu atau pun tidak.
Mungkin sudah ramai di antara anda yang sudah mengamalkan makan pegaga ini kan? Namun masih ramai diluar sana yang masih tidak mengetahui kebaikan air pegaga. Jadi jangan lupa untuk kongsikan kepada keluarga atau kenalan. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk dapatkan nasihat daripada doktor ya.
Kredit: Ahda Nida Via Petua Dan Herba