Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tiru Kebaikan Demi Kebahagiaan..”, Kieda Crepe Bagi Bonus & Belanja Raya Kepada Staf Guna Duit Simpanan Sendiri, Bukan Simpanan Syarikat

“Tiru Kebaikan Demi Kebahagiaan..”, Kieda Crepe Bagi Bonus & Belanja Raya Kepada Staf Guna Duit Simpanan Sendiri, Bukan Simpanan Syarikat

Kategori:
Kieda Crepe Bagi Bonus

Usahawan makanan yang terkenal di Pulau Pinang mengakui bahawa Khairulaming merupakan sumber inspirasinya.

Siti Nur Khalieda Yusra yang lebih dikenali sebagai Kieda Crepe, telah menarik perhatian netizen setelah berkongsi detik-detik istimewa bersama pekerjanya.

“Tiru Kebaikan Demi Kebahagiaan..”, Kieda Crepe Bagi Bonus & Belanja Raya Kepada Staf Guna Duit Simpanan Sendiri, Bukan Simpanan Syarikat

Menerusi video yang tular di laman sosial Tiktok milik Kieda Crepe, pemiliknya telah memutuskan untuk menutup bazar Ramadan dan kedainya bagi meraikan pekerja yang telah memberikan segala tenaga dan usaha mereka dalam memajukan perniagaan itu.

@kiedacrepepenang

“TIRU KEBAIKAN DEMI KEBAHGIAAN” Dan Demi sebuah senyuman🩷 Ku korbankan segalanya . Selesai bahagian semua staff . Allah izinkan 🤲🏻 Gaji , Bonus , keperluan rumah🤍 Thankyou Allah @AmykiedaMerchadise @KiedaCrepeHouse 🫂 #kiedacrepe #kiedacrepehouse

♬ Hal Hebat (Acoustic) – Govinda

@kiedacrepepenang “TIRU KEBAIKAN DEMI KEBAHGIAAN” Dan Demi sebuah senyuman🩷 Ku korbankan segalanya . Selesai bahagian semua staff . Allah izinkan 🤲🏻 Gaji , Bonus , keperluan rumah🤍 Thankyou Allah @AmykiedaMerchadise @KiedaCrepeHouse 🫂 #kiedacrepe #kiedacrepehouse ♬ Hal Hebat (Acoustic) – Govinda

Jelas usahawan ini, dia amat kagum dengan apa yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial iaitu Khairulaming dan sanggup menggunakan simpanan sendiri demi menggembirakan pekerja. Kieda Crepe Bagi Bonus

Kieda memberi tahu semua pekerja pada awalnya tiada bonus yang akan diberikan sempena Hari Raya pada tahun ini berikutan jualan pada bulan Ramadan yang begitu merosot dan tidak mencapai target yang sepatutnya.

“Saya beritahu kepada staf, tahun ini saya beri bonus melalui simpanan sendiri dan bukan simpanan syarikat. Saya nak pastikan semua team saya beraya dengan gembira dan dapat berbelanja lebih untuk keluarga.” 

Namun, sebagai tanda penghargaan kepada pekerja yang telah bekerja keras dalam menjayakan perniagaannya selama ini, Kieda tidak berkira untuk mengeluarkan duit dari simpanannya sendiri. Kieda Crepe Bagi Bonus

Tidak hanya itu, Kieda juga meminta maaf kepada semua pekerja kerana tidak dapat membelikan baju raya seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Sebagai gantinya, dia memilih untuk membelanjakan barang-barang keperluan harian bagi mereka.Kieda Crepe Bagi Bonus

Menurut komen netizen, ramai yang setuju dengan apa yang dilakukan oleh kieda kerana sentiasa mengutamakan pekerja.

“Dia bukan tiru khairul aming, dia inspired khairul aming. Well done Kieda”

Kieda Crepe Bagi Bonus

“Setuju sgt Kieda…xde masalah pun kalau tiru benda yg baik. Semoga dipermudahkan urusan Kieda dn semua”

Kieda Crepe Bagi Bonus

This is so inpiring! semoga maju jaya usahawan-usahawan Melayu -Netizen

Sikap usahawan Kieda Crepe yang sentiasa mengingati kebajikan pekerjanya walaupun perlu menggunakan duit simpanan sendiri sangat menjadi inspirasi kepada semua orang. Tindakan yang diambil olehnya jelas merupakan ungkapan penghargaan kepada semua pekerja yang telah bekerja keras dalam membantu mencapai kejayaan perniagannya sehingga hari ini.

Sumber: Kieda Crepe

Baca juga: Resipi Chilli Oil Asli China Pekat Melikat! Sangat Wangi Beraroma. Kena Kacau Minyak Panas 3 Kali Dengan Berperingkat. Ini Caranya!

tags: | |