Ratusan pekerja positif COVID-19? Bunyinya mengejutkan namun itulah yang berlaku di Kilang Ayam, Melaka. Kilang ayam tersebut diarahkan tutup selama 7 hari apabila 604 pekerja kilang tersebut dilaporkan positif COVID-19.
Bilangan angka positif tersebut diketahui selepas ujian saringan yang dijalankan ke atas pekerja kilang pemprosesan ayam itu sejak awal bulan ini sekaligus mewujudkan Kluster Industri Serkam.
Menurut Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan, penularan di Kilang berkenaan adalah bermula dengan seorang pekerja kilang yang bergejala. Kemudiannya difahamkan wabak tersebut merebak dalam kalangan pekerja yang lain termasuk warga tempayan dan juga warga asing.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3659496094098501&id=497510250297117&__cft__[0]=AZUJ_C1r-QhJG2WeMmnjCsPMLlXAWFZwHS3g4FjwyRvhL1LUzI6tCp-QOwYBDjNtg6ZxRTwLTuSh-a8N0clUiue_Sc17THnp6vo-9azVTAzrx_KozvjjylSmn9R3lmNjm_Q1ekJvnIqYXoGT_nx0NgYn&__tn__=%2CO%2CP-R
Susulan daripada penularan tersebut, seramai 1871 pekerja kilang tersebut diarahkan menjalani saringan sehingga semalam kira-kira 604 pekerja disahkan positif COVID-19.
“Dari pecahan jumlah keseluruhan yang disaring itu seramai 443 individu terdiri daripada pekerja tempatan dan 1,428 adalah pekerja asing.
“Manakala seramai 154 individu kontak rapat yang disaring dan diarahkan menjalani perintah kuarantin disahkan negatif,” katanya ketika meninjau pelaksanaan SOP di kilang ayam tersebut.
Ekoran kejadian itu, kilang yang terletakd di Serkam Melaka ini diarahkan tutup selama 7 hari selepas mereka mendapati Kilang tersebut tidak mematuhi SOP dalam meletakkan pekerja di tempa yang sesak dan sempit.
Sumber: Dr Adham Baba