Starbucks merupakan restoran rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia. Menurut Annual Report Starbucks 2019, kini mereka memiliki 31,256 buah restoran di seluruh dunia termasuk 18,067 buah restoran di Amerika Syarikat.
Seperti Pizza Hut, Starbucks juga mengalami kerugian yang besar, kira-kira $3.2 Billion. Kerugian tersebut disebabkan oleh penyebaran wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini sehingga saham mereka menurun sebanyak 3%. Hal tersebut diumumkan oleh mereka pada 11 Jun 2020.
Kerugian yang besar itu menyebabkan Starbucks terpaksa menutup ratusan restorannya. Kira-kira 400 buah restoran di Amerika Syarikat dan Kanada terpaksa ditutup selama 18 bulan.
Dalam masa yang sama, Starbucks akan membuka kira-kira 300 buah restoran di Amerika Utara yang mana hanya menyediakan layanan untuk pick-up sahaja.
Sejak wabak COVID-19 ini melanda dunia, restoran Starbucks di seluruh dunia hanya menyediakan makanan dan minuman melalui pick-up dan drive thru sahaja, begitu juga dengan Malaysia. Tetapi kini Starbucks Malaysia sudah membenarkan pelanggan untuk makan dan minum di restoran berpandukan SOP yang telah di tetapkan.
Sebelum berlakunya penyebaran COVID-19 ini, Starbucks sudah membuat perancangan untuk fokus kepada pembelian secara pick-up dan to-go services. Tetapi perancangan tersebut di awalkan kerana pandemik COVID-19 yang melanda.
Sumber: CNN Business