Rata-rata sudah tahu, sememangnya kaum perempuan sangat sumit dan sukar difahami, tapi itulah yang membuatkan mereka ‘istimewa’. Hanya diri dia sendiri yang mampu memahami apa yang diingini. Amat beruntung jika seorang wanita mempunyai suami yang sangat memahami lagi-lagi di saat ‘datang bulan’.
Viral di twitter, seorang lelaki berkongsikan kisah isterinya mencuit hati. Menerusi posting oleh Zahin, dia dan isteri berada di kedai makan. Tiba-tiba isterinya menangis sebab kedai tersebut memasang lagu sedih. Hal tersebut turut membuatkan netizen terhibur.
https://twitter.com/zahinsays/status/1340147981530529792
Mesti ramai yang tertanya-tanya, lagu apa yang buat isterinya sedih sangat. Lagu yang kedai tersebut pasang adalah “Because I’m a Girl” dari kumpulan KISS. Menurut Zahin lagi, selepas makanan tiba, mood isterinya kembali normal! Itulah perempuan, dapat makanan terus happy!
https://twitter.com/zahinsays/status/1340153541365624833
Netizen turut meninggalkan komen mencuit hati berkait dengan mood perempuan ni.
Sumber: @zahinsays