Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Kongsi Kisah Pakcik Beri Semua Lauk Berbuka Kepada Kucing, Sanggup Makan Nasi Dengan Kuah Sahaja

Lelaki Ini Kongsi Kisah Pakcik Beri Semua Lauk Berbuka Kepada Kucing, Sanggup Makan Nasi Dengan Kuah Sahaja

Kategori:
lauk berbuka kepada kucing

Sebagai manusia, kita seharusnya berbuat baik kepada semua makhluk Tuhan. Bukan sahaja hubungan antara manusia, tetapi juga dengan haiwan. Ia merupakan satu tuntutan dalam agama.

Seperti perkongsian menjentik hati di laman Facebook baru-baru ini, kisah seorang jemaah di sebuah masjid yang sanggup berkongsi juadah berbuka puasa dengan seekor kucing meraih perhatian ramai.

Lelaki Ini Kongsi Kisah Pakcik Beri Semua Lauk Berbuka Kepada Kucing, Sanggup Makan Nasi Dengan Kuah Sahaja

lauk berbuka kepada kucing

Menurut mStar, pemuda dikenali Aizuddin Rosli itu menjadi saksi kepada peristiwa yang dianggap sebagai pengalaman yang menjentik hatinya.

“Allah jentik (hati) aku melalui kucing dan pakcik yang hebat ni. Semalam, iftar di masjid. Masa ngam-ngam azan Maghrib, datang si ompok (kucing) ni minta makanan.

“Aku cuba sedikit sahaja isi ikan tongkol, gaul sama nasi. Tiba-tiba, seorang pakccik di sebelah aku letak seketul besar ikan tongkol milik dia untuk ompok”. ujarnya memulakan cerita.

Menurut Aizuddin, dia tercengang melihat tindakan jemaah itu. Lantas, bertanya kepada pakcik berkenaan tentang lauk yang telah diberikan kepada kucing tersebut.

“Nampak berselera ompok. Macam dapat durian runtuh. Aku tegur pakcik, kenapa bagi semua lauk pakcik, nanti pakcik tak ada lauk dah nak makan?

“Aku offer lauk aku sebahagian untuk pakcik, tapi pakcik menolak. Dengan senyum pakcik jawab, tak apa kuah ada. Biarlah dia lapar ni. Rezeki dia. Pakcik ada nasi dah ni cukuplah,” katanya.

“Biarlah Dia Lapar, Rezeki Dia”

lauk berbuka kepada kucing

Menurut Aizuddin, sikap mulia jemaah itu ternyata membuka matanya tentang nafsu di bulan Ramadan. Sekali gus mengejarnya untuk bersederhana dalam apa jua perkara.

“Serius terjentik aku ketika itu, Pakcik pun puasa, mesti sama-sama lapar macam kucing tu juga. Tapi dia tak kisah.

“Terjentik bagaimana Ramadan adalah bulan terbaik untuk mengajar mengawal nafsu. Bulan terbaik mengajar untuk tidak tunduk pada nafsu.

“Kerana yang bagi kenyang itu Allah, bagi sedap itu Allah. Jika Allah berkehendak makan nasi putih tak berlauk pun sedap. Maka sedap dan kenyang juga.

“Pakcik dah ajar saya, dalam Islam bukan sekadar ada iman. Tapi ada juga ihsan. Ihsan ini bukan senang. Apatah lagi melibatkan makhluk lain. Ramai berlumba-lumba bersedekah pada manusia lain, tapi terlupa ada makhluk Allah yang lain juga kita boleh bersedekah.

lauk berbuka kepada kucing

“Hebat pakcik. Terima kasih pakcik dan ompok sebab jentik aku. Lupa nak tanya nama pakcik. Lepas ni, aku akan selalu ke Masjid Amaniah,, dengan harapan dapat ketemu pakcik ni lagi,” ujarnya menerusi hantaran di group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? yang menerima hampir 4 ribu tanda suka.

Sumber: mStar

tags: