Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pekerja Kongsi Kisah Pelanggan Tanggalkan Selipar Masuk 7-Eleven, Cerita Ini Buat Ramai Sebak..

Pekerja Kongsi Kisah Pelanggan Tanggalkan Selipar Masuk 7-Eleven, Cerita Ini Buat Ramai Sebak..

Kategori:
masuk 7-Eleven

Ketika bekerja, pelbagai situasi dan keadaan harus ditempuh dan ia secara automatiknya menghidupkan manusia. Tidak kiralah hal yang baik atau buruk, di setiap apa yang berlaku pasti akan disusuli dengan pengajaran hidup yang mengajarkan sesuatu.

Pekerja Kongsi Kisah Pelanggan Tanggalkan Selipar Masuk 7-Eleven, Cerita Ini Buat Ramai Sebak..

masuk 7-Eleven

Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven, dia bercerita bagaimana satu situasi mengajarkan dia tentang hidup yang harus dijalankan dengan kemanusiaan. Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, empati dan kemanusiaan adalah hal yang penting untuk kita bersama teruskan hidup.

Di dalam perkongsian video yang dimuatnaik di TikTok itu, dia menceritakan bagaimana seorang pelanggan dalam lingkungan umur warga emas masuk ke dalam kedai 7-Eleven.

Apa yang menjadi tumpuan, pakcik berkenaan memasuki tempat kerjanya dengan keadaan ingin tanggalkan selipar sebelum memasuki kedai 7-Eleven. .

Hal itu telah memberi satu kesedaran kepadanya untuk terus berbuat baik kedapa sesiapa sahaja.

“Ada sorang pakcik ni masuk 7-Eleven. Dekat luar baru sudah hujan lebat, dia separuh basah. Dua masuk dia tanggalkan selipar. Saya cakap ‘takpa pakcik masuk dengan selipar je lantai kotor ni cik'”.

Dia senyum jawab sambil senyum ‘takpa selipar pakcik lagi kotor hujan-hujan ni nanti awak kena mop dua tiga kali pulak. ni punn pakcik dah masuk dengan basah-basah'”.

“Saya jawab takpa pak cik memang kerja saya pun. Dia tetap senyum cakap takpa nak,” ceritanya dengan nada sebak dalam kisah pelanggan tanggalkan selipar masuk 7-Eleven yang membuatkan ramai sebak.

“Dia Tetap Senyum Cakap Tak Apa..”

masuk 7-Eleven

Tambahnya, daripada situasi itu, dia menyeru untuk semua yang menonton agar menghormati orang tua kerana dia juga membayangkan bagaimana jika ibu bapanya berada dalam situasi sebegitu.

“Sumpah tiba-tiba sebak. Belajar hormat orang tua nanti ayah emak kita pun akan duduk situasi yang sama. Siapa suka kalau orang layan teruk dekat kedua ayah emak kita kan,” tambahnya lagi.

Belajar Hormat Orang Tua, Bayangkan Itu Ibu Bapa Kita

@nrlyshaa4_

😭🥺 sumpah tibe ii sebak . Belajar hormat org tua nanti ayah emak kita pun akn duduk situasi yg sama siapa suka kalau org layan terok dkt kedua ayah emak kita kn 😭🥺 #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #xyzbca #ditaja #tiktok #explore #storytime

♬ Pilihan Yang Terbaik (Jangan Di Paksa) – Rafsyan Akbar

@nrlyshaa_ 😭🥺 sumpah tibe ii sebak . Belajar hormat org tua nanti ayah emak kita pun akn duduk situasi yg sama siapa suka kalau org layan terok dkt kedua ayah emak kita kn 😭🥺 #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #xyzbca #ditaja #tiktok #explore #storytime ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Melihat ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan pakcik berkenaan. Tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan pekerja 7-Eleven itu kerana terus menyebarkan kemanusiaan dan juga kebaikan untuk dirasai dan dikongsi bersama.

“Akak, semoga pakcik tu dipermudahkan segala urusan dan terima kasih akak sebab ambil berat dekat pakcik tu,” kata seorang netizen bernama Haru memberi komen kisah pelanggan tanggalkan selipar masuk 7-Eleven yang membuatkan ramai sebak.

Terima Kasih Ajarkan Kemanusiaan

masuk 7-Eleven

Dalam kita bekerja untuk mengisi perut demi kelangsungan hidup, hal-hal ini mengajarkan kita sesuatu yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit. Ia adalah satu hal yang menjadikan manusia itu manusia. Semoga pekerja 7-Eleven itu dipermudahkan urusan dan pelanggan terbabit dilancarkan rezekinya.

Sumber: nrlyshaa_

Baca juga: Penghantar Makanan McDonald’s Kini Dilindungi PERKESO

tags: