Tahun 2022 bukanlah tahun yang mudah dan dipenuhi dengan segala kebahagian. Ramai yang kehilangan pekerjaan sejak Covid melanda dunia. Sejak itu bahkan sebelum itu pun, ramai yang tiada pekerjaan tetap sanggup melakukan pelbagai perkara demi meneruskan kelangsungan hidup.
Lebih sedih lagi apabila ada pakcik dan makcik yang hidup sebatang kara, kais pagi makan pagi. Usia 50 an, 60 an, 70 an adalah usia yang sepatutnya seseorang berehat di rumah sahaja. Berpuluh-puluh tahun menggunakan kudrat yang ada, apakah diakhir usia pun masih lagi begitu?
Namun tiada apa yang boleh dilakukan, jika beras di dapur sudah berkurangan. Jika tiada lauk pauk untuk dimasak. Jika tiada garam dan gula sebagai perencah rasa. Kadangkala, ujian yang dilalui oleh mereka yang tiada apa-apa untuk mengalas perut ini sangat menyesakkan dada.
Ramai yang terpaksa berhadapan dengan situasi yang menyakitkan ini. Bukan sahaja golongan tua, malah golongan muda yang mempunyai anak-anak kecil juga terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Malah ada juga yang terpaksa meminta bantuan untuk membeli susu bayi mereka.
Walaupun begitu, setiap orang pasti ada kisahnya masing-masing. Dan kisah tersebut pasti membuatkan hati nurani kita berteriak. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok cahayaichagulo__ berkenaan dengan seorang pakcik yang dibantunya.
Pada awal video berkenaan dada seakan berasa sebak apabila Cahaya bertanya kepada pakcik ini sama ada sudah makan atau pun belum. Jawapan pakcik ini adalah belum. Mendengarkan jawapan pakcik tersebut, wanita baik ini terus memberikan roti dan air.
Lebih menyedihkan, apabila pakcik tersebut menghidap strok dan demi meneruskan kelangsungan hidup dia tolong membuka pintu bank. Mungkin dari situ, dia dapat wang sedikit sebanyak.
Cahaya sempat mengajak pakcik ini untuk pergi membeli beras dan makanan. Sempat bertanya juga soal pakaian. Mengalir air mata pakcik ini setelah melihat kebaikan Cahaya malah dia juga sempat berkata, ramai yang pandang rendah kepadanya sebab dia sakit.
@cahayaicha__ Sedikit untuk kita banyak untuk mereka ❤️😌
@cahayaichagulo__Sedikit untuk kita banyak untuk mereka ❤️😌♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa sebak dan sedih melihat video yang dikongsikan oleh Cahaya ini. Ada juga yang mengucapkan terima kasih dan tag Ustaz Ebit Lew agar dapat menghulurkan bantuan buat pakcik tersebut.
Tidak kurang juga ada yang menulis, lembut Cahaya menegur pakcik tersebut dan ramai juga yang mendoakan kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.
Terima kasih orang baik. Terima kasih kerana menyedarkan kami semua bahawa masih ramai lagi orang yang berhati mulia di atas dunia ini. Semoga wanita ini terus dimurahkan rezeki.
Semoga dengan kebaikan yang dikongsikan dapat membuka pintu hati orang lain untuk turut melakukan kebaikan. Semoga juga pakcik berkenaan dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat.
Sumber: cahayaichagulo__
Baca juga: Penat Masak, Isteri Mengamuk Suami Langsung Tak Sentuh. Alasan Tiada Selera & Asyik Bermain Game