Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen Kritik Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Biadab Dengan Pengerusi MARA Isu Keracunan Makanan

Netizen Kritik Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Biadab Dengan Pengerusi MARA Isu Keracunan Makanan

Kategori: ,
MRSM Taiping

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah membuat lawatan mengejut ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping selepas mendapat laporan pelajar keracunan makanan.

Semasa berada di sana, Dr Asyraf ada menghubungi kontraktor dewan selera MRSM tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

Netizen Kritik Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Biadab Dengan Pengerusi Mara Isu Keracunan Makanan

Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi menerusi TikTok Asyraf Wajdi, wanita tersebut yang dikenali sebagai ‘Puan Mira’ enggan memberi kerjasama dan mengemukakan pelbagai alasan tidak munasabah.

Apabila Asyraf bertanya mengapa tidak menyediakan ikan tenggiri seperti tertulis pada menu dan digantikan dengan ikan goreng, wanita itu dengan kurang ajar meminta beliau untuk menyemak harga ikan tenggiri itu di pasaran.

MRSM Taiping

“Lebih baik Dr check dulu harga market sekarang dengan harga yang dibayar kepada kontraktor.

“Saya memang berbesar hati untuk menerima surat-surat complaint daripada MARA ini. Serius saya cakap,” kata Puan Mira.

Difahamkan wanita itu berada di Sarawak, namun mendapat tender untuk mengelolakan MRSM Taiping di Perak.

Kebiadaban wanita itu ketika menjawab soalaan-soalan yang ditanyakan Dr Asyraf mengundang kecaman netizen.

Wanita itu nampak tidak profesional dan seolah-olah mempunyai ‘kabel besar’ di belakangnya sehingga berani bersikap kurang ajar terhadap Pengerusi MARA.

Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Tak Ikut Piawaian, Kebersihan Juga Tak Memuaskan

Menerusi hantaran Facebook Dr Asyraf Wajdi, dapati beberapa perkara yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MARA antaranya pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap yang tidak memuaskan.

“Rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan ini, mereka memaklumkan bahawa tahun lepas juga seramai 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan ini pada oktober lepas.

Juga mereka berkongsi kepada saya gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan yang amat mendukacitakan saya.

“Saya tidak sesekali akan berkompromi dengan perkara ini dan tegas terhadap isu yang melibatkan kesihatan pelajar,” tegas Dr Asyraf.

Menerusi satu kemas kini terbaharu, kontrak ‘Puan Mira’ di MRSM Taiping akan ditamatkan kerana sambil lewa dalam penyediaan makanan kepada pelajar.

Pada masa sama tindakan undang-undang juga akan diambil ke atasnya, petik Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Pelanggan Tersilap Bayar RM2,660 Dari Jumlah RM26.60 Secara Kod QR, Peniaga Ini Cari Pelanggan Sampai Dapat Pulangkan Baki

tags: |