Menu Rahmah adalah makanan seimbang yang disediakan pada waktu tengahari atau malam dan merangkumi nasi, satu pilihan protein sama ada ikan, ayam atau sayur-sayuran. Program Menu Rahmah ini telah disediakan oleh lebih 15,000 restoran disekitar Malaysia.
Program Menu Rahmah ini merupakan inisiatif daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Tujuan program ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada golongan peniaga kecil tersasar yang terpinggir.
Mydin juga telah mengambil inisiatif dengan menawarkan Menu Rahmah ini seluruh cawangan Mydin. Inisiatif yang dilakukan ini sedikit sebanyak pasti akan meringankan kos beban hidup rakyat yang semakin tinggi sekarang.
Rata-rata pengunjung meluahkan rasa lega kerana dengan adanya program Menu Rahmah seperti ini, akan dapat meringankan beban mereka sekaligus dapat berjimat cermat dalam menghadapi inflasi makanan.
Dengan harga setiap menu yang ditetapkan adalah RM 4.90 sangat berbaloi. Anda akan mendapat satu set makanan tengahari dan malam yang sedap dan pastinya akan memenuhi citarasa anda.
Pengguna twitter ini juga telah memuat naik beberapa gambar Menu Rahmah untuk setiap hari.
Bukan itu sahaja, set makanan yang disediakan di Mydin adalah berlainan pada setiap hari. Bermula pada hari isnin, set makanan yang dihidangkan adalah seperti nasi putih, ayam masak kicap, kacang panjang dan air kosong 500ml. Begitu juga pada hari seterusnya.
Rata-rata netizen membanjiri komen dengan ucapan tahniah kerana telah mengambil inisiatif ini untuk golongan B40 yang terpaksa mengikat perut demi untuk kelangsungan hidup.
Kini Menu RAHMAH-RM5 disemua cabang Mydin.
Thank you @MydinMalaysia https://t.co/k5pAfVyMTV pic.twitter.com/aHQZ0DFzTz
— AE (@arfdy12) January 31, 2023
Menerusi perkongsian ini, kita dapat simpulkan bahawa program sebegini sangatlah digalakkan bagi membantu golongan tertentu. Selain daripada Menu Rahmah, Datuk Seri Salahuddin Ayub juga ada berkongsi tentang program lain yang akan dilakukan seperti Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Jualan Rahmah.
Sumber: twitter @arfdy12