Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kucing Peliharaan Bawa Balik Binatang Aneh, Lelaki Ini Buntu Tak Tahu Nak Bagi Makan Apa

Kucing Peliharaan Bawa Balik Binatang Aneh, Lelaki Ini Buntu Tak Tahu Nak Bagi Makan Apa

Kategori:
binatang aneh

Setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini memerlukan makanan untuk teruskan hidup. Tanpa makanan, tiadalah tenaga. Daripada situ, kemungkinan besar kematian boleh berlaku akibat badan kekurangan tenaga dan zat yang mencukupi.

Walau apa pun itu, sama ada manusia atau binatang, makanan adalah salah satu keperluan yang sangat penting. Bahkan anak binatang pun turut memerlukan makanan untuk membesar dengan sihat.

Namun makanan mereka berbeza dengan makanan binatang dewasa, kerana binatang yang baru lahir seperti kucing, lembu, kambing, tikus dan arnab memerlukan susu. Sama seperti manusia juga.

Daripada susu itulah binatang atau manusia dapat zat yang mencukupi. Walaupun hanya sekadar susu namun kuasa tuhan, mampu membesarkan makhluk kecil dengan baik.

Berkenaan dengan binatang ini, terbaharu ada sebuah video yang dikongsikan oleh Khairul Johari menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan seekor binatang aneh telah dibawa pulang oleh kucing peliharaannya.

Kucing bawa balik binatang aneh, buntu tak tahu nak bagi makan apa

Sewaktu pulang dari kerja, Khairul mendapati kucing peliharaannya membawa pulang sesuatu. Tidak seperti kebiasaannya kerana kucingnya itu sering membawa pulang burung, cicak atau mengkarung.

Namun pada kali ini sangat berbeza dan rupa binatang tersebut membuatkan Khairul tidak dapat mengesyakki apakah binatang itu. Hendak kata anak tikus, bukan. Nak kata anak tupai pun bukan.

Ekoran itu, Khairul tidak tahu mahu memberikan binatang tersebut makan apa. Lebih kasihan lagi, apabila binatang sekecil itu sudah berpisah daripada ibunya. Mata pun masih belum buka lagi. Lelaki ini juga sempat bertanya kepada orang ramai, apakah ada sesiapa yang boleh ambil dan jaga binatang tersebut.

Lain macam kucing peliharaan Khairul ini, kebiasaannya bawa binatang yang dikenali namun sangat berbeza ya kali ini. Mungkin ingin menguji tuannya.

@khairuljohari27 #tikus #tupai #kucing ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Saya rasa tu arnab bang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Malah rata-rata daripada mereka menyatakan binatang tersebut adalah arnab. Menurut LiT+LejOker, katanya itu adalah arnab. Arnabnya juga baru lepas beranak, sebab itu dia tahu.

Cutenya, cantik bulu dia..

Dalam masa yang sama, ramai juga yang menyatakan binatang tersebut sangat comel. Kata F.S, itu adalah arnab. Semasa kecil memang telinga dia pendek sikit. Manakala, Heidi pula menyatakan, cute dan bulunya cantik.

Mungkinkah benar binatang aneh tersebut adalah anak arnab? Nampaknya benar. Mungkin korang yang tahu dan dapat mengesyaki apakah binatang tersebut, bolehlah nyatakan diruangan komen ya.

Semoga juga Khairul dapat mengetahui apakah binatang tersebut dan mencari mana ibunya. Jika tidak dapat menemuinya, peliharalah dengan baik.

Sumber: TikTok Khairul Johari

Baca juga: “Patut Kedai Ramai Orang..”, Disangka Selit Pelaris Di Atap Kedai Rupa-Rupanya Kepala..

tags: | | | | |