Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Teringin Nak Makan Kuih Boko Ubi Kayu Leleh ‘Legend’? Ini Resepinya….

Teringin Nak Makan Kuih Boko Ubi Kayu Leleh ‘Legend’? Ini Resepinya….

Kategori:
Kuih Boko Ubi Kayu

Kuih boko ubi kayu merupakan kuih legend yang masih lagi digemari ramai. Kuih ini merupakan sajian tradisional yang dihasilkan menggunakan ubi kayu dan dinikmati dengan kuah santan yang dimasak likat.

Tiba-tiba teringin rasa nak makan kuih boko ubi kayu? Memang sedap sangat kuih ni, jom cuba buat sendiri di rumah? Jom ikuti perkongsian oleh Nor Sri Idayu Yaakob di bawah ini.

Resepi Kuih Boko Ubi Kayu Leleh

Bahan Bahagian Bawah:

  • 1 kg ubi kayu (yang dah di buang kulit akan jd 800g-750g)
  • Gula merah 1 cawan ( 200g)*
  • Gula putih ½ cawan ( 100g)*
  • Air 3 cawan ( 750ml)*
  • Daun pandan 2helai*

Cara-cara:

  1. Masak air gula yg bertanda (*) cukup sekadar gula hancur dan wangi pandan, dan tapis.
  2. Potong ubi kecil² dan buang urat tengah.
  3. Blender ubi bersama air gula yang dah dimasak tadi.
  4. Dan boleh di masukkan di dalam bekas yang hendak di kukus. Letak 2 senduk (170g) setiap bekas.

  5. Dan kukus 10 minit, bila dah siap sejukkan dulu.

Bahan Bahagian Atas:

  • Santan 300ml ( klu pakai santan kotak kara 200ml cukup)
  • Tepung beras 1 cawan
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Air 5 cawan
  • Daun pndana 2 helai

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan di atas dan masak di atas kuali dengan api sederhana. Pastikan sentiasa kacau jangan ditinggalkan, nanti berketul.
  2. Masak sehingga likat berwap (naik buih).
  3. Kemudian dah boleh tutupkan api dan masukkan ke dalam bekas ubi yang dah dikukus tadi.
  4. Tunggu sejuk dan siap untuk dimakan.
  5. Resepi ini dapat dalam 8 ke 9 bekas petak.
  6. Nak sedap lagi simpan dalam peti sejuk, makan sejuk-sejuk.

Kredit: Nor Sri Idayu Yaakob

tags: