Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Kosui/Koswee Pandan Dahlia’s kitchen

Kuih Kosui/Koswee Pandan Dahlia’s kitchen

Kategori: ,

Pada post kali ini kami akan kongsikan resepi Kuih Kosui/Koswee Pandan Dahlia’s kitchen yang senang dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Sesuai sangat disajikan semasa minum petang anda semua atau sebagai juadah sarapan anda semua.

Kuih Kosui/Koswee Pandan Dahlia's kitchen

Resepi Kuih Kosui/Koswee Pandan Dahlia’s Kitchen

BAHAN BAHAN (A)

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Tapioca Flour ( tepung sagu/kanji)
  • 2 Sudu Makan Air Kapur
  • 4 Cawan Air
  • 2 Sudu Makan Pandan Paste
  • 1 Sudu Teh Pewarna

 

BAHAN BAHAN (B)

  • 2 Cawan Gula Biasa (ditambah jika perlu)
  • 2 Cawan Air

***Panaskan dan Cairkan Bahan (B)***

 

BAHAN BAHAN (C)

  • Setengah Kelapa Parut (tanpa kulit)
  • Daun Pandan ( dihiris-hiris )
  • Garam Secubit

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan semua bahan A kedalam bekas adunan dan adukkan hingga sekata.
  2. Kemudian masukkan bahan B yang sudah dicairkan. Gaulkan hingga sebati.
  3. Kukuskan hingga masak. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk.
  4. Di mangkuk yang lain, gaulkan garam dengan kelapa.
  5. Golekkan kuih yang dipotong bersama kelapa tadi.
  6. Sedia dihidangkan.

Cara-cara membuat yang lebih lanjut, sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat Mencuba.

tags: | |