Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Tradisi Lama Yang Lembut, Manis & Sedap: Kuih Lompang

Cara Buat Kuih Tradisi Lama Yang Lembut, Manis & Sedap: Kuih Lompang

Kategori:

Kuih lompang kuih tradisonal yang sekali ngap je memang sah tak cukup! Rasa manis kuih lompang dimakan dengan kelapa parut lemak masin ngam sungguh.

Ramai yang tak tahu pasal kuih ni rupanya. Ingat susah nak buat tapi eh senang je. Sediakan bahan, kukus dan tunggu seketika je.

Memang tak rugi nak cuba resepi ni. Confirm lembut dan anak-anak pun suka. Kalau kita tak teruskan tradisi ni siapa lagi kan.

Resipi Kuih Lompang Tradisional

Bahan untuk air gula:

  • 1/4 cawan gula putih
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 keping gula nisan
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Bahan-bahan lain:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu membukit tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil air kapur

Bahan hiasan atas:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 – 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masak gula, gula melaka, air, santan dan daun pandan yang disimpul hingga larut.
  2. Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras, air kapur, tepung jagung, Kacau sebati.
  3. Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak.
  4. Kukus dalam 15-20 minit.
  5. Hidangkan bersama kelapa parut.

Selamat mencuba!

Baca juga: Hanya Satu Adunan Tapi Boleh Dapat 2 Jenis Kuih Akok, Akok Pandan Dan Akok Jagung Yang Menggiurkan, Yang Penting Kurang Gula!

tags: