Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa perbezaan antara kuih tako dah tepung pelita. Okay, sebelum kita ke resepi Kuih Tako Dahlia’s Kitchen ni, biar saya jelaskan sedikit perbezaan antara kuih tako dan kuih pelita. Kuih tako diletakkan di dalam bekas yang dibuat daripada daun pandan manakala kuih tepung pelita di dalam daun pisang. Di dalam kuih tako juga kita letakkan sedikit sengkuang cina tetapi tidak di dalam tepung pelita. Resepi anda boleh rujuk seperti di bawah.

Kuih Tako Dahlia's Kitchen

Resipi Kuih Tako

Bahan-Bahan Bahagian Bawah

  • 3/4 Tepung Hoen Kwe ( warna hijau ) ( paket biasa )
  • 1 Setengah Cawan Gula Pasir
  • 1 Setengah Mangkuk Air
  • Sedikit Pandan Paste
  • Sengkuang Cina ( dihiris dan dipotong dadu kecil-kecil )
  • Daun Pandan ( dipotong-potong )

Bahan-Bahan bahagian Atas

  • 5 Sudu Makan Tepung Beras
  • 5 Sudu Makan Tepung Jagung
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 3/4 Santan Kotak Besar ( dicampurkan air supaya menjadi 2.3 Liter )

**Tempat Acuan Plastik Container ataupun Daun Pandan**

Cara-cara Memasak:

  1. Campurkan gula, air dan tepung hoen kwe. Kacaukan hingga sebati.
  2. Saringkan dan masukkan panan paste. Masakkan sehingga pekat.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Letakkan sengkuang cina. Biarkan seketika supaya sejuk.
  4. Sementara itu masukkan semua bahan Bahagia Atas dan masakkan sehingga pekat.
  5. Kemudian letakkan diatas adunan yang sudah disejukkan tadi. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba. Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu…

Cara cara membuat sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat Mencuba.

Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu…

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)