Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudahnya… Ini Cara Buat Kuih Tiram Rangup Guna 5 Bahan Je

Mudahnya… Ini Cara Buat Kuih Tiram Rangup Guna 5 Bahan Je

Kategori:
Kuih Tiram Rangup

Suka makan kuih tiram? Sebelum ni asyik beli je kan, kali ni apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Mudah je hanya perlu guna 5 bahan sahaja nak buat kuih tiram rangup.

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Guna 5 Bahan 

Bahan-bahan: 

  • 600g tepung gandum
  • Marjerin 80g
  • 1 biji telur
  • 205g air + garam 1 sudu kecil (bancuh)

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan dan uli.
  2. Bila dah uli, kepal-kepalkan menjadi 9 biji sama besar. Perap selama 2 jam.
  3. Lepas tu boleh la gelek, lapik plastik. Kena gelek senipis-nipisnya.
  4. Dah siap gelek, boleh sapukan gamnya (tepung beras + minyak).
  5. Kemudian gulung-gulung kemas dan potong kecil-kecil.
  6. Kemudian gelek sikit lagi.
  7. Goreng sehingga garing.
  8. Selamat mencuba!

Kredit: Liza Liza

tags: