Malaysia sememangnya sangat terkenal dengan kepelbagaian makanan yang unik, menarik dan lazat yang boleh anda cuba. Salah satunya di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Orang Kelantan mungkin sudah biasa dengan makanan-makanan traditional di negeri mereka , namun pada mereka yang bukan anak jati Kelantan, rugi sekiranya tidak mencuba kuih traditional mereka.
Jom saya kenalkan kepada anda kuih yang traditional di negeri Cik Siti Wan Kembang yang patut anda cuba !
Makanan di Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa manis seperti kuih lompat tikam ini. Ianya mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang dimasak hingga pekat berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula manisan. Ia juga kebiasaan dimakan bersama pulut yang biasa berwarna merah.
Kuih ini merupakan sejenis hidangan kuih traditional di Kelantan. Rasanya yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan biji sagu dan dimasak dalam kuah santan. Sagu biji yang telah digumpal dan direbus dengan air panas, dicampur dengan sedikit garam bagi membangkitkan rasa. Kemudian akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran daun pandan dan halba juga ditambah bagi menambah rasa yang sedap.
Kuih ini juga merupakan sejenis kuih traditional di Kelantan. Kuih ini terdiri daripada adunan tepung beras yang dibulatkan dengan inti kelapa yang dicampurkan bersama manisan. Bahagian tepung ini tawar kerana ia memiliki inti yang manis dan dimakan bersama kuah santan bagi memberikan rasa yang lemak.
Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang dihasilkan dengan menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini dibuat dengan menggunakan putih telur. Selepas itu, akan disira dengan dimasak dalam air gula yang pekat dan dituang sdikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
Kuih Jala Mas merupakan kuih yang lemak manis dihasilkan dengan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Ianya disediakan dengan menggunakan bahan kuning telur yang diuraikan ke dalam air gula yang mendidih. Apabila masak adunan diangkat dan kemudiannya ditompok menjadi bahagian kecil.
Kuih puteri mandi ini juga kuih traditional Kelantan. Kuih ini diberi nama yang menarik dan penuh kontroversi. Iannya disaluti dengan kelapa parut yang dicampur bersama manisan yang menjadikan kuih ini manis dan sedap.
Kuih bunga tanjung ini agak istimewa dari segi bentuk dan warna. Berbeza dengan sajian kuih yang lain ianya turut menggunakan bunga cengkih dan pewarna. Tetapi kuih bunga tanjung ini menggunakan telur itik sebagai salah satu ramuan asas.