Bagi korang yang sentiasa mengamalkan petua tradisional, ia amat memberikan kesan yang memuaskan kepada pengamal kerena selain sihat di luar, dalaman juga sihat.
Mengamalkan jus tomato pun dah cukup baik, ini pula ambil isinya lekat di muka jadikan masker. Mestilah kulit jadi glowing dan licin.
Untuk menjadi cantik, bukan bergantung kepada solekan semata-mata, ia memerlukan kesihatan kulit yang sempurna (sempurna tak semestinya cerah).
Jadi dengan perkongsian Mala Mansor ini, dia menggunakan 2 bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita.
Kali ni Mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihannya bulak boleh di buat ice cuba untuk buat masker.
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Semoga perkongsian jus tomato ini bermanfaat!
Sumber: Mala Mansor
Baca juga: “Guna Air Mineral..”, Dr Malar Kongsi Tip Kulit Glowing, Rupanya Dia Dah Lama Amalkan Cara Ini