Akhir-akhir ini, rakyat Malaysia menyukai hidangan tradisional Timur Tengah, Kunafa sebagai manisan untuk dimakan. Ia merupakan pastri seperi mi nipis atau adunan semolina halus berasaskan gula serta dilapis dengan keju dan sedap dimakan waktu panas.
Antara Kunafa yang menarik perhatian rakyat Malaysia adalah Kunafa Ojen yang didatangi dengan pelbagai perisa premium yang enak. Antara keunikannya adalah Kunafa Ojen mempunyai perisa Nutella, Lotus Biscoff, Red Velvet, Choc Oreo dan Original.
Terbaru isu yang melibatkan Kunafa Ojen ini adalah pergaduhan pelanggan yang tercetus di Food Republik Mydin Tunjung Kelantan yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 19 ogos lepas.
Melalui video yang dikongsikan di laman TikTok yang tular dan masih hangat semalam, seorang pelanggan wanita yang beratur tiba-tiba memarahinya (mungkin dalam nada bergurau) dan menarik tangannya kerana tidak sempat untuk membeli kunafa selepas beratur panjang.
Dia kesal akan insiden yang berlaku kerana pihaknya sudah mengumumkan kehabisan Kunafa akibat sudah sold out, tetapi masih ada segelintir pelanggan yang masih berkeras untuk beratur panjang demi membelinya.
“Sedap dia cakap sold out, kebas kaki-kaki saya beratur. Marah ni marah,” kata pelanggan wanita itu dengan loghat Kelantan.
Selepas ditegur sebegitu rupa, Ojen meminta maaf secara lembut dan menyatakan situasi kehabisan Kunafa yang telah sold out tersebut.
“Bukan beri harapan palsu. Staf saya ada cakap kan dah habis. Akak jangan pegang-pegang kak. Jangan tarik-tarik saya. Peminat-peminat pun kena jaga jangan tarik-tarik orang,” kata Ojen menasihat pelanggannya.
Kejadian itu sememangnya tidak dapat dielak kerana orang terlalu ramai beratur membeli Kunafa Ojen sehingga sold out dalam waktu yang singkat.
“Saya nak jaga ramai hati. Saya dah letak petanda depan tu dah sold out..,” luahnya lagi dalam video berkenaan.
@ojennn_aiwahh Saya betul betul kecewa , Namun saya percaya tak semua orang Kelantan macamni 🙏 Saya minta maaf tapi saya terkilan kita sold out dalam keadaan macamni
@ojennn_aiwahhSaya betul betul kecewa , Namun saya percaya tak semua orang Kelantan macamni 🙏 Saya minta maaf tapi saya terkilan kita sold out dalam keadaan macamni♬ original sound – OjennnAIWAHHH !
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang menyokong tindakan Ojen untuk bertegas sedemikian kerana dia sudah memaklumkan awal Kunafa yang dijualnya sudah sold out. Jika pelanggan masih ingin beratur untuk mencuba mendapatkannya, ia berada di bawah tanggungan nasib sendiri.
Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. Marilah kita saling hormat menghormati di antara peniaga dan pelanggan dan sentiasa berfikir dalam membuat apa pun tindakan.
Sumber: ojenn_aiwahh
Baca juga: Orang Ramai Terpukau Tengok Peniaga Bancuh Susu Pekat Manis Dengan Air F&N, Lain Orang Lain Selera..