Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Hello Penggemar Snek Sihat, Kurangkan Stress Korang Dengan Alternatif Snek Sihat Dari PopCorners Ini

Hello Penggemar Snek Sihat, Kurangkan Stress Korang Dengan Alternatif Snek Sihat Dari PopCorners Ini

Kategori: ,,

Dalam kesibukan kerja harian yang tak pernah sudah, mesti ada masa yang korang rasa stress kan? Jadi, ini adalah waktu yang sesuai untuk korang snack time sambil siapkan tugas harian.

Kalau dulu susah untuk korang cari kudapan yang sihat untuk makan? Sekarang tak perlu risau lagi sebab dah ada snack PopCorners. Snek yang bukan je lazat tetapi berkhasiat, PopCorners berkonsepkan snack never fried, always fun tidak menggunakan penggorengan minyak dan tentulah rendah kalori! 

Snek popular dengan ramuan segar dari ladang ini sudah mendapat tempat dalam hati warga New York. Sekarang, penggemar snek tempatan pun boleh mencuba kerana ia sudah pun mula dijual di Malaysia. 

PopCorners sesuai dimakan oleh pelajar yang sedang berjaga malam untuk siapkan tugasan, tinggal pilih je peneman PopCorners yang korang suka. Ia hadir dalam pelbagai perisa berlainan dengan rasa yang sudah pasti memenuhi citarasa korang!

Antara perisa snack PopCorners yang terjual di Malaysia adalah White Cheddar Cheese, Sweet Chilli dan juga Sweet & Salty Corn. Dengar nama flavour sahaja sudah menggiurkan, apatah lagi ketika dimasukkan ke dalam mulut lalu menggigit setiap kepingan snek tu! Dari liur ke liur, pasti akan terasa kelazatan sebenar PopCorners!

Tidak dilupakan bagi penonton filem, PopCorners adalah teman yang sesuai ketika menonton filem atau drama. Sambil tengok drama bersiri Stranger Things di Netflix tu dengan keluarga atau teman, bolehlah anda kunyah PopCorners untuk hilangkan debaran ketika menonton.

Jadi, tunggu apa lagi! Jom dapatkan snek lazat serta sihat PopCorners sekarang! Memang lain dari snack yang biasa kerana ia dibuat melalui proses pembuatan menggunakan ramuan segar dan sihat dari ladang. 

Tak perlu pening nak beli dekat mana, Popcorners boleh didapati dan tersedia dijual di AEON, Family Mart, Jaya Grocer, Lotus’s dan Village Grocer berhampiran korang. 

Bagi sesiapa yang tiada masa atau mempunyai halangan untuk keluar, anda juga boleh mendapatkan PopCorners di Lays Official Store melalui Lazada dan juga Shopee!

Buat healthy snack lovers di luar sana, cubalah snek PopCorners untuk merasai sendiri kenikmatannya, okay! 

tags: | | |