Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuey Teow Kerang Dahlia’s Kitchen

Kuey Teow Kerang Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Masakan panas yang digemari masyarakat pelbagai usia, ia bukan sahaja sedap dimakan tapi ia juga senang dimasak. Disini saya sediakan resepi serta cara-cara memasak kway teow kerang daripada Dahlia’s Kitchen. Resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk orang bujang mahupun yang dah berumah tangga.

KUEY TEOW KERANG DAHLIA’S KITCHEN

*Bahan2 dibawah hanya untuk 1kg Mee Kway Teow

BAHAN-BAHAN KISAR (BLEND):

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 7 Ulas Bawang Putih
  • Halia Setengah Ibu Jari

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 5 Sudu Makan Sos Tiram
  • 8 Sudu Makan Dark Soya Sos ( ditambah jika kurang )
  • Kerang ( jumlah – citarasa masing2 )
  • Crabstick (citarasa masing2 )
  • Fishcake (citarasa masing2 )
  • Garam Secukup Rasa
  • 1 Sudu Teh Gula Pasir
  • Sedikit Taugeh
  • Sedikit Sawi atau Hirisan Kobis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
  2. Kemudian, masukkan kway teow, sos tiram, soya sos, kerang serta crabstick sesuai dengan dengan selera masing-masing.
  3. Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Masukkan sawi atau hirisan kobis, dan taugeh. Gaul sebati.
  5. Masak sehingga sayur layu. Sedia untuk disajikan.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |