Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita yang dipercayai melanggar arahan kuarantin. Menerusi gambar viral di media sosial, wanita tersebut dilihat sedang makan di sebuah restoran sedangkan dia masih memakai wristband merah jambu yang jelas menunjukkan dia perlu kuarantin di rumah.
Artikel berkaitan: Wanita Ini Cetus ‘Kemarahan’ Netizen, Patut Kena Kuarantin Tapi Siap Ke Restoran
Terbaru, viral pula gambar seorang lagi individu yang kelihatan memakai wristband yang sama di tempat awam.
Gambar perkongsian oleh seorang pengguna di Twitter.
Contoh lembu yang tak reti makan dalam kandang pic.twitter.com/DPuDpOZ5TT
— Free Tembikai 🍉 (@IsaacosmanTV) July 21, 2020
Menurutnya, individu itu dilihat di kopitiam berdekatan Desa Sri Hartamas. Dia terus berlalu selepas melihat lelaki itu.
Namun, kes itu sudah dilaporkan oleh pengguna twitter yang bernama isaac osman itu.
Sekali lagi aku nak cakap yg aku dah report. Tak ada apa nak promote, semoga kes covid berkurangan di Malaysia ni, amin. Tolong doakan aku sempat kurus sebelum raya haji😭😭 (didoa)
— Free Tembikai 🍉 (@IsaacosmanTV) July 21, 2020
Warganet turut menggesa tindakan berat perlu dikenakan kepada pelaku ini dengan segera. Mereka tidak mahu kes positif COVID-19 semakin meningkat hari ke hari.
Sumber: @IsaacosmanTV