Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Laksa Ikan Dahlia’s Kitchen

Laksa Ikan Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,
laksa ikan dahlia's kitchen

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur. Hanya ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Kuahnya juga perlu tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini. Disini saya ingin kongsikan resepi laksa ikan versi Dahlia’s Kitchen.

 

Resipi Laksa Ikan Dahlia’s Kitchen

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 1 Setengah Genggam Bawang Kecil
  • 1 Genggam Ikan Bilis
  • 1 Genggam Bawang Putih
  • Halia ( setengah ibu jari )
  • Lengkuas ( setengah ibu jari )
  • 2 Batang Serai
  • 1 Sudu Mkn Ketumbar
  • 1 Sudu Mkn Jintan Halus
  • 4 Sudu Mkn Rempah Kari Ikan

Bahan-bahan lain

  • 1 Kilo Ikan Kembong ( direbus dan dipisahkan tulang2 nya )
  • 2 Paket Kecil Kerisik
  • 1 Kotak Santan ( medium, dicampur 2 setengah mangkuk air )
  • 2 Keping Asam Keping
  • 1 Batang Serai Dititik
  • Lengkuas Setengah Ibu Jari Dititk
  • Daun Kesum ( citarasa masing2 )
  • 4 Sudu Mkn Penuh Gula Merah ATAUPUN 2 Ketul Gula Melaka
  • Taw Kwa ( citarasa masing2 )
  • Fishball ( citarasa masing2 )
  • Fishcake ( citarasa masing2 )
  • Timun
  • Mee Laksa 1.5kg
  • Taugeh Sedikit.
  • Gula dan Garam secukup rasa

*Sambal Laksa terpulang pada masing2, ada yg suka Sambal Tumis Kerang,Telur Ayam dan Telur burung ataupun,
*Sambal Ringkas ( 5 Batang Lada Merah, 8 Batang Cili Padi, 2 Biji Bawang Putih, Garam dn Gula Sedikit, Dikisar dan masak atas api selama 10minit.)

Cara Cara memasak 

  • Tumis bahan kisar tadi hingga naik minyak
  • Kemudian masuk serai, asam keping, gula, isi ikan dan masukan santan
  • Tunggu hingga mendidih letakkan daun kesum
  • Masukkan fishball, fishcake, taw kwa dan daun kesum

Terimakasih kerana sudi menonton dan Selamat Mencuba….
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua…

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |