Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lapisan Periuk Non-Stick Punca Lumpuh Otak? Doktor Pakar Nasihat Buang Segera!

Lapisan Periuk Non-Stick Punca Lumpuh Otak? Doktor Pakar Nasihat Buang Segera!

Kategori:
periuk non-stick

Tidak dinafikan, buat golongan wanita pasti mahukan perkakasan dapur yang dapat memudahkan lagi untuk anda memasak di dapur seperti periuk non-stick.

Boleh dikatakan, hampir semua ibu gemar menggunakan periuk non-stick kerananya ia masakan tidak melekat dan senang untuk dicuci. Namun tanpa disedari sebenarnya ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga.

Perkara ini telah didedahan oleh seorang doktor Pakar Perubatan Dah Kesihatan, Prof. Dato’ Dr Noordin di TikTok miliknya di mana beliau menjelaskan mengapa jenis perkakasan dapur ini perlu dielakkan.

Jelasnya lagi, selepas beberapa ketika digunakan ia akan menjadi risiko sekiranya lapisan kuali anti-lekat yang digunakan mula menampakkan kesan calar pada permukaanya.

Periuk anti-lekat ini juga mengandungi bahan coating teflon yang boleh memudaratkan kesihatan.

Risiko jika terhidu atau makan, boleh lumpuh otak & rosak paru-paru

Difahamkan juga, ia bukan sahaja menjadi risiko jika dimakan tapi kesannya lagi dasyat ketika sedang memasak.

Hal ini kerana, wap asap yang dikeluarkan itu boleh melumpuhkan otak dan memberi kerosakan paru-paru. Antara simpton lain juga seperti dada sempit serta batuk seakan demam kerana sudah terlalu lama terdedah dan menghidu bahan kimia (toxid fume).

“Bertahun guna, banyak plastik masuk dalam badan..”

Penjelasan ini nyata telah membuka minda orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih peratalan dapur. Selain itu, rata-rata netizen turut bertanyakan jenis-jenis periuk apa yang lebih sesuai untuk digunakan.

Sumber: TikTok Fenso

tags: |