Pada bulan Ogos 2020 yang lepas, pihak Daily Makan telah membuat Peraduan Giveaway E-voucher Tesco yang diadakan khas kepada pengikut laman sosial Facebook Daily Makan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 63. Daily Makan memfokuskan perkongsian aneka resipi dan promosi makanan terkini melalui laman web dan juga di laman sosial Facebook.
Peraduan ini telah dilaksanakan bermula 3 Ogos 2020 sehingga 24 Ogos 2020. Di antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk memberi perhargaan kepada pengikut laman sosial Facebook Daily Makan dan juga untuk memperkenalkan lagi Daily Makan kepada orang awam supaya lebih dikenali.
Sebanyak 1811 orang telah menyertai peraduan ini dan seramai 16 pemenang telah dipilih. Para pemenang telah diumumkan pada 30 Ogos 2020 melalui laman Facebook Daily Makan dan Telegram Daily Makan. 6 pemenang telah menerima E-voucher Tesco bernilai RM50 setiap satu dan 10 pemenang telah menerima E-voucher Tesco bernilai RM20 setiap satu. Hadiah E-voucher telah diberikan melalui email pemenang masing-masing.
Senarai pemenang peraduan Giveaway E-voucher Tesco bernilai RM20 setiap seorang.
Senarai pemenang peraduan Giveaway E-voucher Tesco bernilai RM20 setiap seorang.
Hasil pembelian yang telah digunakan oleh pemenang peraduan Giveaway E-voucher Tesco.
Pihak Daily Makan mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang menyokong dan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Daily Makan ini. Diharapkan anda semua teruskan mengikuti kami untuk dapatkan info terkini mengenai sebarang program yang dianjurkan oleh Daily Makan.