Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Laporan Pertandingan Menggubah Roti Jala Sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Tahun 2021

Laporan Pertandingan Menggubah Roti Jala Sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Tahun 2021

Kategori:
pertandingan menggubah roti jala

Kira-kira pada akhir bulan Ogos 2021 yang lepas, Daily Makan telah menganjurkan satu program iaitu pertandingan menggubah roti jala. Pertandingan ini adalah sempena dengan hari kemerdekaan dan hari Malaysia.

Pertandingan ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertandingan yang berlangsung selama 18 hari itu terbuka kepada group Facebook Kelab Roti Jala dan juga pengikut page Daily Makan.

Untuk pertandingan ini peserta perlulah menggubah roti jala dengan bertemakan Kemerdekaan atau Hari Malaysia. Untuk menyertai pertandingan ini ada beberapa syarat yang perlu dilakukan oleh peserta.

Syarat Penyertaan Pertandingan Menggubah Roti Jala

Antara syarat tersebut adalah peserta perlu follow dan like page Facebook Daily Makan serta Facebook Kelab Roti Jala. Kemudian peserta wajib like dan share artikel dari page ke group lain. Akhir sekali, barulah peserta memuat naik gubahan yang dibuat ke akaun facebook dengan hashtag #DailyMakanRotiJala #DailyMakanMerdeka #KelabRotiJalaMerdeka.

Penilaian bagi gubahan tersebut dibuat adalah berdasarkan kepada Hasil kreativiti yang paling menarik, kemas, cantik dan mengikut tema kemerdekaan.

Hadiah Bagi Peserta Pertandingan Menggubah Roti Jala

Hadiah yang Daily Makan sediakan kepada peserta Daily Makan adalah wang. Kira-kira 5 peserta terbaik yang akan dipilih dan kesemua daripada mereka akan layak menerima wang sebanyak RM100. Manakala untuk 15 pemenang terbaik akan diberikan sijil khas yang dibuat oleh pihak Daily Makan.

Setelah tamat sahaja tarikh untuk pertandingan ini iaitu pada 16 September 2021, pihak Daily Makan terus menjejaki peserta menerusi hashtag yang ditetapkan .  Pemenang akan dipilih selepas pihak Daily Makan melihat dan melakukan perbincangan ke atas hasil kerja mereka.

Setelah pemenang sudah disenaraikan, pihak Daily Makan akan mula menjejaki atau menghubungi pemenang berkenaan.

Senarai pemenang Pertandingan Menggubah Roti Jala

Berikut adalah senarai 5 pemenang terbaik dan gambar gubahan yang telah diubah oleh mereka.

Walaubagaimanapun, 2 pemenang tidak memberi respon dalam masa 24 jam. Jadi secara tidak langsung ianya dikira terbatal.

Contoh Sijil yang Diberikan Kepada 15 Peserta Terbaik

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dan menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Daily Makan ini. Harapan kami adalah semoga kalian semua akan terus menyokong dan mengikuti program atau aktiviti yang bakal kami anjurkan lagi selepas ini. Sekian.

tags: | | |