Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Larangan Penggunaan Tulisan Arab Pada Semua Kedai Makanan Muslim Oleh Kerajaan China?

Larangan Penggunaan Tulisan Arab Pada Semua Kedai Makanan Muslim Oleh Kerajaan China?

Kategori: ,
kerajaan china

Di peringkat antarabangsa, Kerajaan China ditekan hebat kerana terdapat laporan yang mengatakan terdapat aktiviti penindasan ke atas masyarakat China.

Pada peringkat antarabangsa, kerajaan China ditekan hebat tetapi mereka tetap enggan bekerjasama untuk menyelesaikan isu hak asasi manusia ini.

Seorang wakil Hijtah Trading yang juga seorang penduduk di Guangzhou ada menyatakan di Twitter miliknya bahawa mana-mana kedai muslim tidak dibenarkan lagi menggunakan tulisan arab.

Tambah beliau lagi, bagi menunjukkan tanda halal, hanya terdapat dua karakter Cina iaitu  ‘清真’ yang bermaksud halal.

Mungkin ini merupakan salah satu propaganda politik China untuk menguatkan lagi ideologi masyarakat mereka.

Tindakan penindasan terhadap masyarakat China terutama sekali masyarakat muslim telah dikritik oleh pemain Arsenal, iaitu Mesut Ozil di laman Twitter miliknya.

Beliau juga menyelar negara-negara Islam yang lain kerana tidak membantu muslim yang tertindas di China sebaliknya hanya berdiam diri tanpa tindakan.

New York Times melaporkan dalam beberapa hari ini tekanan terhadap China telah meningkat. Hal ini berlaku selepas rang undang-undang untuk mengenakan sekatan kepada pegawai-pegawai China telah disokong oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.

BBC juga ada melaporkan mengenai masyarakat Uighur yang kebanyakkannya adalah muslim  yang ditahan di sebuah kem telah dibasuh oleh kerajaan China.

Tetapi dakwaan itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh China. Mereka menyatakan bahawa kem tersebut telah dijadikan tempat untuk mendapatkan latihan dan pendidikan oleh para sukarelawan.

Sumber : The Vocket

tags: