Perkongsian resepi tauhu ayam oleh Nick Ryzal di laman sosial Facebook telah mendapat hampir 143, 000 perkongsian! Ramai yang dah cuba, memang sedap! Cara membuatnya juga semudah ABC. Sesuai dijadikan lauk untuk makan tengahari atau makan malam. Jom lihat resepi lengkap di bawah.
Lebih 143K Shares, Patutlah ‘Viral’! Ramai Dah Cuba Buat Tauhu Ayam Ini, Paling Sedap!
Bahan-bahan:
- Dada Ayam
- Tofu telur
- Tauhu dadu
- Telur
- Bawang besar
- Pati ayam
- Daun sup
Cara-cara:
- Kisar ayam, tofu telur, tauhu dadu dan telur.
- Masukkan daun sup, pati ayam, garam, lada putih, ajinomoto dan boleh tambah lobak dan sayur yang disukai.
- Letakkan dalam acuan, kukus selama 5 minit.
- Akhir sekali, celup dalam telur sebelum digoreng. Siap!
Kredit: Nick Ryzal