Keledek Goreng merupakan antara hidangan yang sangat enak dan sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang. Malah banyak yang menjual Keledek Goreng ini di tepi-tepi jalan atau pun di gerai-gerai kecil. Keenakan Keledek Goreng ini sebenarnya bergantung kepada tepung dan luarannya. Jika nampak elok dan halus semacam, pasti sedap!
Namun ada juga yang nampak sedap semata-mata. Nampak tebal dan rangup je. Tetapi rasanya tersimpang jauh. Betul lah pepatah Inggeris ada mengatakan don’t jugde a book by its cover. Maksudnya jangan menilai sesuatu itu daripada luaran sahaja.
Hal yang lebih kurang sama berlaku kepada lelaki yang dikenali dengan nama Shamsul Shamsulsem ini di mana dia telah membeli Keledek Goreng. Nampak luarannya memang tebal dan sedap. Namun apabila dikunyah baru tahu tepung keledek tersebut lebih tebal dari keledeknya.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya itu di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni menunjukkan dia merasai sendiri Keledek Goreng tersebut. Kedengaran memang rangup namun kelihatan keledeknya sangat nipis.
Bukan masak x jadi. Tapi x tau la apo nak jadi. Beli goreng kledek. Npak tebal dan sedap. Bila di kunyahh baru tau tepungnya lagi tebal dri keledek..
Posted by Shamsul Shamsulsem on Friday, 8 October 2021
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan keledek mahal dan meminta lelaki ini menggoreng keledek sendiri kalau nak puas makan. Malah ada juga yang mengatakan kebiasaanya pelanggan suka yang tepung tebal macam ni.
Walaubagaimanapun, kita tak boleh salahkan peniaga seratus peratus. Tak boleh juga nak salahkan pelanggan. Tiada sesiapa yang salah sebenarnya. Sebagai penjual pasti mereka mengambil kira semua kos. Kadangkala ada juga peniaga yang terlalu sikit keuntungannya demi menjaga hati pelanggan. Tapi sebagai pelanggan, kalau rasa tak puas hati, lepas ni dah tak payah pergi beli kedai tersebut.
Kredit: Shamsul Shamsulsem Via MATJHN
Baca juga: Kenapa Pakar Sering Sarankan Ubi Keledek Dalam Makanan Bayi? Ini 5 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!