Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kualiti Macam Tayar Getah..”, Lelaki Bengang Ayam Restoran Makanan Segera Liat Sangat, Soal Guna Ayam Lama

“Kualiti Macam Tayar Getah..”, Lelaki Bengang Ayam Restoran Makanan Segera Liat Sangat, Soal Guna Ayam Lama

Kategori:
ayam restoran makanan segera

Restoran makanan segera sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak dahulu kala kerana mereka menyajikan makanan sedap dan lazat serta menu yang pelbagai.

Menghidangkan ayam goreng rangup, burger yang empuk dan pelbagai menu lain, memang tidak menghairankan ia menjadi pujaan ramai.

Tetapi sejak kebelakangan ini, banyak aduan yang tular di media sosial tentang kualiti makanan sesetangah restoran makanan segera. Ada yang menyatakan ayam yang digunakan mereka bersaiz kecil dan tidak memadai dengan harga jualan.

“Kualiti Macam Tayar Getah..”, Lelaki Bengang Ayam Restoran Makanan Segera Liat Sangat, Soal Guna Ayam Lama

Terbaharu, satu lagi aduan di Twitter tentang kualiti ayam di salah sebuah restoran makanan segera besar telah tular di media sosial. Pengguna Twitter bernama @asxrvf melalui satu hantaran videonya berkata, “pertama kalinya, apakah ini? Kau panggil ni makanan ke apa kualiti dah gaya getah tayar?

“Totally ayam lama yang mungkin dan dipanaskan entah berapa kali. Saya sangkakan makanan anda dimasak dengan segar,” tulisnya bagi keterangan video tersebut.

Menurut perbualannya bersama Mstar, ini bukan kali pertama dia dan keluarga berkunjung ke restoran makanan segera tersebut. Sudah berulang kali di ke cawangan di Cyber Valley berkenaan.

Tetapi kali ini, ia merupakan kali pertama dia sekeluarga mendapat makanan yang tak elok. Katanya, dia hanya sedar kualiti makanan itu ketika sampai di rumah. Dia yang memandu secara pandu lalu menambah, isterinya juga terkilan dengan hal berkenaan.

ayam restoran makanan segera

“Isteri saya nak makan. Tiba-tiba tengok muka dia sedih semacam, terus saya tanya. Bila saya periksa, tekstur daging tu memang sebijk macam tayar getah, warna hitam legam,” ujarnya kepada Mstar.

Menerusi video terbabit juga, kelihatan dia membelek-belek isi ayam terbabit dan teksturnya agak keras serta liat. Ini dapat melihat apabila dia cuba mencarik ayam berkenaan tetapi carikan ayam tidak putus.

“Tak boleh nak kunyah, tak boleh nak makan,” ujarnya dalam video tersebut.

ayam restoran makanan segera

Meninjau komen netizen, rata-rata berpendapat hal yang sama dan meluahkan pengalaman masing-masing berhadapan dengan restoran terbabit.

“Dah Tak Macam Dulu…”

ayam restoran makanan segera

Wakil restoran makanan segera itu juga difahamkan sudah memberi respon untuk menyelesaikan isu tersebut. Semoga isu rungutan ayam restoran makanan segera tidak berulang lagi kerana restoran berkenaan memang membawa kenagan manis kepada rakyat Malaysia.

Sumber: @asxrvf

Baca juga: Rider Grab Gendong Anak Sambil Cari Rezeki Tengah Panas, Buat Netizen Sebak

tags: | |