Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Bengang Beli Ketupat Tapi Keras Teramat Sangat, Baling Kat Dinding Pun Tak Berkecai

Lelaki Bengang Beli Ketupat Tapi Keras Teramat Sangat, Baling Kat Dinding Pun Tak Berkecai

Kategori:

Seperti yang kita ketahui, ketupat merupakan antara menu wajib setiap kali tiba musim perayaan. Tidak kira sama ada raya Aidilfitri atau raya Aidiladha. Selain dibuat sendiri, ketupat ini juga boleh ditempah atau dibeli dari mana-mana penjual ketupat.

Namun apa yang menjadi masalah adalah apabila membeli dari peniaga yang tidak bertanggungjawab. Kadangkala mereka ini tidak ikhlas dalam berniaga sehinggakan makanan yang dijual membuatkan ramai pelanggan berasa kecewa dan bengang.

Beli ketupat tapi keras yang amat buat lelaki ini kecewa

Malah terbaharu, ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Muslim Hashim sempat membuat perkongsian menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang membeli ketupat dari sebuah gerai. Namun ketupat yang dibelinya itu tidak memuaskan hatinya kerana teksturnya yang keras.

Walaupun kelihatan ia adalah ketupat yang digoreng namun secara asasnya ia tidaklah sekeras itu. Dapat dilihat dia menumbuk dengan ulu lesung namun tetap tiada perubahan. Malah dia juga sempat membalingnya ke dinding.

Melihat ketupat tersebut yang langsung tidak pecah atau hancur setelah dibaling ke dinding pasti ianya sangat keras. Selepas membaling ketupat tersebut ke dinding, kedengaran suara lelaki ini seolah-olah kecewa dengan situasi tersebut. Menurut Muslim, ini bukan masalah duit tetapi soal boleh makan atau pun tidak.

@muslim_hashim

Berniaga lah dengan baik, bukan masaaloh duit, sian k aku nok makan tupat.. lokasi jalan lapangan terbang dungun.. awok mu nok makan tupat jig kaido g lah cari area tu #fypシ #ketupat

♬ bunyi asal – Muslim Hashim – MP DUNGUN

@chulas.tv Berniaga lah dengan baik, bukan masaaloh duit, sian k aku nok makan tupat.. lokasi jalan lapangan terbang dungun.. awok mu nok makan tupat jig kaido g lah cari area tu #fypシ #ketupat ♬ bunyi asal – Muslim Hashim

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berpendapat ia adalah ketupat yang digoreng banyak kali atau pun beras yang digunakan adalah beras palsu.

Buat semua peniaga di luar sana, sama ada ingin menjual ketupat atau apa-apa makanan, pastikan makanan yang anda jual berada dalam keadaan baik. Kalau sedap, kena dengan selera dan tiada masalah pasti pelanggan akan berpuas hati dan akan membeli lagi dan lagi. Kalau macam ini, faham-faham la ya.

Kredit: Muslim Hashim

Baca juga: “Kembang Tekak..”, Temui Rambut Terpacak Pada Roti Gardenia, Wanita Ini Minta Pihak Gardenia Baiki Tahap Kebersihan

tags: |