Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Makan Tak Tergamak..”, Lelaki Berang Dapat Ayam Goreng Sebesar Peket Cili Sos

“Nak Makan Tak Tergamak..”, Lelaki Berang Dapat Ayam Goreng Sebesar Peket Cili Sos

Kategori:

Makanan merupakan antara jualan yang mudah untuk mendapat sambutan ramai dan dalam kategori perniagaan yang mudah laris. Memandangkan makanan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan, jadi ramai orang yang menceburi bidang atau jual makanan ini. Tidak kira sama ada dibuat sendiri, membuka gerai mahu pun restoran.

Namun begitu, ramai rakyat Malaysia dan dalam kalangan kita yang amat cerewet berkenaan dengan makanan ini. Malah sejak kebelakangan ini, banyak isu penjual yang menjual ayam dengan saiz yang kecil. Jika sebelum ini, ada yang meluahkan rasa kecewa apabila ayam goreng KFC yang dibeli bersaiz kecil namun terbaharu ada pula yang turut berang kerana mendapati ayam yang dibeli bersaiz kecil.

Lelaki berang dapat ayam goreng bersaiz kecil

Seperti mana yang dikongsikan oleh iamroys menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang kecewa dan berang apabila mendapati ayam goreng yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera bersaiz kecil. Paha ayam goreng yang bersaiz sebesar peket cili sos itu telah membuatkan dia tidak tergamak untuk makan.

Menerusi video tersebut, dapat didengar sepanjang hayatnya dia tidak pernah mendapat ayam bersaiz sedemikian rupa. Turut jelas kelihatan, paha ayam tersebut agak kecil dan jelas kelihatan ia hanyalah sebesar peket sos cili. Katanya, dia membayar ayam berkenaan namun tergamaknya menjual ayam bersaiz kecil sebegitu.

https://www.tiktok.com/@rohing77/video/7072383014327553307?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@rohing77Ni Peha Ayam Ke ibu Jari ayam ?

♬ original sound – iamroys

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis agar pihak HQ mengambil tindakan. Kesian dekat pelanggan jika berlaku kejadian sebegini, ayam kecil namun bayar dengan harga yang tak setimpal.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, mungkin menggunakan ayam serama. Manakala ada juga yang meminta supaya bersyukur memandangkan KFC pun tiada ayam, mereka hanya jual burger dan nugget sahaja.

Semoga pihak yang terlibat mengambil tindakan atas apa yang pelanggan suarakan. Terlalu banyak kisah atau kejadian yang hampir sampir berlaku, tidak kira dari mana. Namun kebanyakannya adalah dari restoran makanan segera. Semoga selepas ini tiada lagi isu-isu sebegini.

Kredit: iamroys 

Baca juga: “Kesian Weh..” Kedai Makan Ambil Kak Long Buat Review, Kedai Makan Lain Pula Yang Dapat Rate Rendah

tags: |