Orang cakap mempunyai jiran yang baik, bertolak ansur dan tolong menolong adalah satu rezeki juga. Bukan sekadar memiliki wang yang banyak, kehidupan yang sempurna dan kerja yang baik sahaja namun dapat jiran yang baik memang bahagia dia lain macam tau.
Hidup berjiran ramai yang tidak selesa sebenarnya. Lebih-lebih lagi apabila hidup dengan jiran yang mempunyai hati kering dan langsung tidak prihatin. Pastinya pelbagai macam cara yang pernah dibuat oleh jiran yang bersikap sebegini.
Tidak kira sama ada menyidai pakaian pada pagar kita mahu pun sesuka hati meletakkan kenderaan di depan pagar kita. Sudah diberitahu berpuluh-puluh kali namun tetap juga degil dan tidak kisah akan jirannya yang tersakiti.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Daddy Dos di aplikasi TikTok berkenaan dengan jiran yang membuatkan dia berasa berang. Mana tidaknya, pasti sesiapa sahaja akan berasa marah dengan sikap jiran yang tidak memikirkan perasaan orang lain ini.
Jiran di bahagian bawah Daddy Dos ini langsung tidak prihatin terhadap jirannya yang lain kerana kelihatan bersahaja memasak sesuatu di halaman depan rumahnya. Kebiasaannya kita memasak di dapur kan namun lain pula dengan yang ini.
Malah menurut lelaki ini, lantai rumah akan jadi berminyak dan bau yang dijemur juga turut berbau. Menerusi video tersebut, dapat dilihat jirannya pada ketika itu sedang menggoreng bawang di dalam kuali yang besar.
Kelihatan dia bukan sahaja berasa berang terhadap jirannya itu namun turut berasa berang kepada pihak pengurusan yang takut untuk mengambil tindakan.
https://www.tiktok.com/@daddydos/video/7116757660740996378?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@daddydos masalah jiran ✅ . masalah managment bodoh ✅ …. takut sgt nak ambil tindakkan. 😡 habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak 😣? masalah jiran tak prihatin… kang aku bakar satay baru tahu…#fypシ #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka ♬ original sound – Bubih
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TiKTok yang menonton video tersebut. Ada yang berkongsi turut mempunyai jiran atas yang meniaga sambal. Tiap-tiap hari bersin, tak tahan katanya.
Dalam masa yang sama ada juga yang menyarankan lelaki ini menyidai kain kesat kaki yang basah di bahagian situ.
Tidak kurang juga ada yang terkejut dan bertanya apakah jirannya itu sedang merewang. Namun jawapan Daddy cukup menghiburkan apabila dia menjawab banyak kali bukan merewang. Buka cafe kot dekat rumah.
Kalau ya pun nak meniaga atau menjual makanan tiada masalah namun pastikan korang tidak menganggu ketenteraman jiran anda. Kalau hidup berjiran dan ramai jiran atas bawah, kanan kiri tolonglah bertolak ansur sikit. Jangan sesuka hati memasak seperti ini.
Sumber: TikTok Daddy Dos
Baca juga: “Makan Apa RM500 Sebulan..” Kongsi Belanja Kantin Anak Sebulan RM500, Ramai Cakap Untunglah Kaya