Wabak virus yang melanda dunia semenjak akhir tahun 2019 membuatkan ramai yang terkesan. Dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah kepada perniagaan yang besar.
Seperti mana yang berlaku kepada usahawan katering, Baharuddin Mohamed. Yang mana kini menceburi bidang perternakan pula. Membuat reban ayam dengan menggunakan kanopi.
Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, perniagaan katering yang diusahakan sejak sepuluh tahun yang lalu sangat mendapat sambutan ramai. Dalam satu minggu lebih kurang enam kerja kahwin.
Namun segalanya berubah selepas munculnya virus yang telah meragut nyawa ramai orang ini. Oleh sebab itu, dia mula beralih bidang. Daripada kanopi yang digunakan untuk kerja kahwin sebelum ini ditukar menjadi reban ternakan ayam kampung.
Sewaktu memulakan perniagaan pada Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 yang lepas, ada yang mengatakan beliau gila kerana menggunakan kanopi sebagai reban ayam.
Namun dia tetap mencuba dan akhirnya berjaya. Selepas tahu kejayaan beliau menjadikan kanopi sebagai reban ayam, ia menjadi ikutan orang ramai.
Menurut Baharuddin Mohamed, menerusi video yang dikongsikan beliau di aplikasi TikTok, kini beliau sudah menjaga lebih kurang 10 ribu ekor ayam dan menjual ayam-ayam tersebut sendiri. Beliau brand kan ayam tersebut kepada Ayam Canopy.
@coachbahar Cerita Aku Viral Pasal #RebanAyamCanopy #CoachBahar
@coachbaharCerita Aku Viral Pasal #RebanAyamCanopy #CoachBahar
Sumber: TikTok coachbahar