Perkara yang paling menggembirakan adalah apabila dapat usik anak-anak kecil dengan benda-benda biasa kerana mereka mudah memberi reaksi. Samada reaksi mereka marah atau gelak sahaja dapat memberi senyuman kepada kita.
Sama seperti lelaki ini cuba untuk curi nugget anak kawannya di sebuah kedai ‘fast food’, tapi ayahnya pula join sekaki usik anaknya.
Video ini dikongsikan oleh muhammadzakw4n di laman media sosial TikTok beliau dengan menunjukkan cara beliau gula-gulakan anak rakannya sendiri.
Ketika itu mereka beramai-ramai lepak di McDonalds, mungkin ketika itu berkumpul kerana waktu raya ini sahaja mereka dapat berkumpul beramai-ramai.
Perlahan-lahan beliau mengambil nugget ketika kanak-kanak itu sedang khusyuk bermain telefon dan terus budak itu merenget kepada bapanya.
Tapi yang menghiburkan adalah ayahnya acah-acah sahaja ambil semula nugget itu dan letak semula di dalam bekas anaknya.
Malah, rakan-rakan sekeliling juga berkata bahawa budak tersebut senang sahaja digula-gulakan sendiri oleh bapa dan rakan bapanya sendiri.
@muhammadzakw4n Kena gula2 lagi 😂
@muhammadzakw4nKena gula2 lagi 😂
Meninjau di ruangan komen, rupa-rupanya netizen lain juga digula-gulakan oleh bapa kanak-kanak itu kerana mereka tidak perasan bahawa nugget itu masih di tangan kawannya.
Boleh pula kita warganet sendiri yang terkena sekali oleh mereka, ‘smooth’ betul cara mereka buat ‘magic’ kepada kita dan kanak-kanak itu.
Kredit: muhammadzakw4n
Baca Juga: Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!