Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Dedah Tektik Peniaga Durian, Siap ‘Tukar’ Harga Jika Pelanggan Guna Kenderaan Mewah

Lelaki Dedah Tektik Peniaga Durian, Siap ‘Tukar’ Harga Jika Pelanggan Guna Kenderaan Mewah

Kategori:
Warga Asing Jual Durian

Musim durian tiba lagi. ‘Geram’ tengok isi buah durian yang cantik, kuning, gebu dan kelihatan sangat enak. Kalau ikut nafsu, rela berhabis duit semata untuk makan durian.

Kalau nak dapat durian yang sedap, harganya pun boleh tahan juga. Tapi kalau nak dapat durian yang sedap dengan harga yang murah, kena pandai survey betul-betul.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sudin, berkongsikan kisah anaknya yang teringin benar nak makan durian. Lalu, dia singgah ke sebuah kedai di tepi jalan yang dipercayai milik seorang warga asing di Lembah Klang.

Menurutnya, penjual warga asing tersebut menjual durian D24 pada harga RM25 sekilogram tetapi bukan semua yang dijual itu jenis D24 kerana ada yang dicampur dengan durian kampung.

Tangkai pun dah kecut & tak segar

Kelihatan juga durian dengan tangkai yang sudah kecut menunjukkan buah durian itu sudah lama dan tidak lagi segar. Berkemungkinan besar mungkin penjual tersebut cuba untuk menipu.

“Aku kenal benar jenis D24, mana ada durian D24 isi merah, kemudian macam mana dia boleh letak gred special pula,” soal Sudin.

Sudin sebenarnya merupakan seorang penjual juga. Berdasarkan pengalamannya, Sudin menasihatkan peminat-peminat buah supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan.

Ambil Kesempatan Naikkan Harga Ikut Model Kereta Pelanggan

Dia turut mendedahkan ada juga peniaga yang memberi harga durian mengikut jenis kenderaan yang digunakan oleh pelanggan. Jika pelanggan menggunakan kenderaan mewah, harga akan menjadi mahal dua hingga tiga kali ganda.

Jadi petuanya, kalau nak dapat durian dengan harga yang murah, jangan pergi dengan kereta mewah dan pakaian cantik. Mungkin petua ini agak melucukan, namun itulah hakikat yang berlaku.

Peniaga juga diingatkan bahawa mereka boleh dikenakan kompaun jika tidak mempamerkan tanda harga dengan betul.

Sumber: Sinar Harian

tags: