Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Setahun Elak Makan Apa Jua Sos Dan Nasi Waktu Malam, Pemuda Ini Berjaya Dapatkan Berat Badan Ideal!

Setahun Elak Makan Apa Jua Sos Dan Nasi Waktu Malam, Pemuda Ini Berjaya Dapatkan Berat Badan Ideal!

Kategori: ,
berat badan ideal

Pastinya ramai dikalangan kita yang tengah berusaha nak kurus sekarang kan. Cuma mereka tidak tahu ingin bermula dari mana. Namun ada juga yang buat tapi separuh jalan sahaja kerana kurang bimbingan dan tidak tahu cara yang betul. Tidak dinafikan untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan atau ideal bukanlah sesuatu yang mudah. ‘

Tapi sebenarnya boleh sahaja dengan syarat perlu disusuli disiplin dan perancangan yang rapi seperti pemuda ini. Pemuda yang dikenali dengan nama Faiz Saumi ini ada mendedahkan amalan pemakanan yang diambil setiap hari bermula dari Mei 2019 hingga tahun 2020. Hasil pemakanan yang diambil secara teratur itu membuatkan dia berjaya mendapatkan bentuk badan ideal.

Antaranya adalah jangan pernah skip sarapan dan makanan tengahari secara seimbang. Manakala untuk waktu petang pula, dia mengisi waktunya dengan aktiviti senaman kardio sekurang-kurangnya 30 minit.

Lelaki ini kongsi cara untuk dapatkan berat badan ideal

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020, bersamaan 116kg ke 66kg)
1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.
2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil2 buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.
3) Jam 1.00-2.00 ptg lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jgn sesekali skip! Lunch yg biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng)
4) Jam 3.00-4.00 ptg buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang
5) Jam 5.30-6.30 ptg ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

Elak makan nasi waktu malam dan…

Apa yang lebih menarik lagi adalah, pemuda ini mendedahkan bahawa dia elak menjamah nasi pada waktu malam. Sebaliknya cuma mengambil makanan berasaskan protien dan serat sahaja bagi mengalas perut. Selain itu, dia juga turut memberitahu tak pernah minum air bergula langsung sepanjang tempoh setahun dan sentiasa tidur awal bagi mendapatkan rehat yang cukup. Perkongsiannya nyata mendapat perhatian ramai apabila meraih 23 ribu shares setakat artikel ini ditulis.

6) Jam 7.00-7.30 mlm dinner time. Saya elakkan nasi utk waktu malam. Tp saya akn ambil sumber protein yg byk untuk naik kan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yg besar. Antara sayur sayuran yg bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.
7) Jam 9.00-9.30 mlm selepas isyak, saya akn buat teh hijau panas tanpa gula.
8)Tips lain2 , jgn sesekali ambil minuman yg bergula, bayankkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua
Pssst: Cuma bulan puasa je tak boleh nak control makan sebab makanan yg dijual semua mengiurkan
Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me

Sumber: Facebook Faiz Saumi

Baca juga:  Jangan ‘Seronok’ Sangat Makan Banyak Tapi Tetap Kurus, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

tags: | |