Jarang sekali kedengaran manusia makan dan minum dalam air. Macam mana agaknya nak minum dan makan dalam persekitaran yang dipenuhi air. Kalau terminum tu adalah, tapi kalau siap minum air milo dalam air memang luar biasa.
Minum air milo dan makan dalam air, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di aplikasi TikTok. Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan lelaki berkenaan menyelam ke dalam air lalu makan makanan seperti sosej. Setelah makan dia kemudiannya minum air milo dari dalam botol pula.
https://www.tiktok.com/@tejadlotte_/video/7012969457278553371?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
@tejadlotte_Makan minum dalam air lah pulak. Bosan dah makan minum atas darat ni 🤣 ##makandalamair ##minumdalamair ##fyp♬ original sound – Teja Dlotte
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan terpegun dengan kehebatan lelaki ini. Malah ada juga warga TikTok yang sempat berseloroh mengaitkan dengan peribahasa sambil menyelam minum air.
Mungkin anda yang pandai menyelam boleh juga cuba nanti. Tapi sila berhati-hati ye, kalau yakin air sungai itu bersih dari sebarang najis atau pencemaran, bolehlah buat macam abang ini.
Sumber: TikTok Teja Diotte
Baca juga: Macam Mimpi Dapat Masak & Bagi Permaisuri Agong Makan, Wanita Ini Syukur Doa Ibunya Dimakbulkan!