Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Tak Sangka! Lelaki Ini Dedah Rupa-Rupanya ‘Dory Skin’ Sebenarnya Dari Kulit Ikan..

Ramai Tak Sangka! Lelaki Ini Dedah Rupa-Rupanya ‘Dory Skin’ Sebenarnya Dari Kulit Ikan..

Kategori: ,
kulit dory skin

Boleh dikatakan sekarang snek dory skin sudah menjadi satu ‘kegilaan’ ramai untuk mendapatkannya. Namun ramai yang tidak tahu kebanyakan dory skin yang dijual sebenarnya diperbuat dari kulit ikan patin atau nama saintifiknya, Pangasius.

Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki di laman Twitter yang memaparkan ikan patin yang dijual menerusi atas talian yang turut menggunakan nama dory bersama Pangasius.

Persoalannya, kenapa dory skin dipanggil ‘dory’ sedangkan ianya adalah ikan patin. Melalui sumber Wikipedia, ada suatu ketika di mana kebanyakan ikan dipanggil dory supaya mudah untuk dipasarkan.

Ada netizen menjelaskan mengenai nama dory itu, ikan dori laut dikenali sebagai john dory manakala ikan air tawar dikenali sebagai ikan patin.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ramai tidak tahu dan tidak menyangka selama ini dory skin yang dimakan adalah sebenarnya kulit ikan patin.

Sumber: @faizedzahar

tags: |