Perempuan dan lipsticks ataupun gincu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Kalau keluar dari rumah, memang tak sah kalau tak dicalitkan lipstick pada bibir yang menawan itu.
Ada lipstick yang senang tanggal dan ada yang susah walaupun ditonyoh banyak kali. Ia bergantung kepada kod lipsticks dan jenama yang digunakan.
Bercakap mengenai lipsticks, ada sebuah video yang tular di laman TikTok mengisahkan tentang seorang lelaki yang berang dan geram apabila dia membasuh cawan di sebuah kenduri yang mempunyai tanda lipstick padanya.
Ini kerana lipsticks berkenaan tidak tanggal walapun dicuci banyak kali. Melalui video berkenaan, memang terlihat susah untuk lipstick tersebut tanggal.
@sejukweh aduh kesian la kat abe cuci tu #gincumerah
@sejukweh aduh kesian la kat abe cuci tu #gincumerah ♬ original sound – Syakirin Irfan
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan kejadian yang dikongsikan itu. Ada juga yang mengesyorkan untuk lelaki berkenaan membasuhnya dengan pencuci make up untuk menanggalkan bekas lipstick pada cawan berkenaan.
“Ini pakai Sunlight memang tak hilang bang, kena pakai micellar water baru hilang,” kata netizen bernama Ali pada kisah cawan ada lipstick berkenaan.
“Maybelline Super Stay Lip Matte Code 210 ni, hahaha”, komen netizen bernama Fazz pada kisah cawan ada lipstick tersebut.
“Kena basuh pakai make up remover tu bang hahaha,” ujar Azira Ariffin.
Lawak pula Min tengok kisah cawan ada lipstick ni. Tapi dalam masa yang sama, kita tahu lah kan lipstick ni memang power. Agak-agak jenama apa lah lipstick yang owner tu pakai ya. Power betul!
Sumber: Syakirin Irfan