Bagaimana cara anda menyimpan lauk di dalam peti beku dan cara defrost semula apabila mahu dimasak? Mungkin cara yang anda lakukan itu salah dan mungkin juga betul.
Tapi untuk nyahbeku atau defrost lauk sejuk beku daripada peti ais mengambil berjam untuk lauk menjadi lambut sebelum dimasak.
Mungkin ada yang meletakkan daging/ayam beku di singki pada waktu pagi dan biarkan ia mencair melebihi empat jam sebelum dimasak. Sebenarnya, kaedah yang digunakan itu salah kerana berisiko untuk keracunan!
Seorang pengguna TikTok berkongsikan tips macam mana nak simpan ikan dalam peti ais dengan betul. Bila nak guna, hanya ambil masa lima minit untuk defrost lauk yang beku itu. Bukan sahaja jimat masa, ikan pun tetap segar.
Lihat video penuh di pautan ini:
Menerusi video tersebut, lelaki itu menunjukkan cara untuk simpan ikan dengan betul iaitu dengan memasukkan air dan juga limau bersama ikan di dalam plastik.
Rata-rata netizen turut berterima kasih di atas perkongsian itu yang boleh dipraktikkan supaya kerja memasak menjadi lebih cepat.
Kredit: TikTok Wan Said