Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Kongsi Harga Makan Sepinggan RM100, Ramai Netizen Cakap Ini Definisi Kaya Sebenar Bila..

Lelaki Ini Kongsi Harga Makan Sepinggan RM100, Ramai Netizen Cakap Ini Definisi Kaya Sebenar Bila..

Kategori:
makan sepinggan RM100

Sudah acap kali kita dengar, harga yang dikenakan bagi makanan laut lebih-lebih lagi hidangan seperti sotong atau udang memang dikenakan dengan harga yang melambung tinggi. Oleh sebab itu, kedai makan atau restoran sepatutnya meletakkan tanda harga untuk pelanggan tahu akan harga sebenar sebelum membayarnya.

Jika seseorang mengambil lauk pauk seperti sotong atau udang di kedai Mamak misalnya tanpa mengetahui harga bagi lauk berkenaan, ramai yang menggelarkan ia sebagai tindakan ‘berani mati’.

Lelaki Ini Kongsi Harga Makan Sepinggan RM100, Ramai Netizen Cakap Ini Definisi Kaya Sebenar Bila..

makan sepinggan RM100

Seperti gambar yang dikongsikan oleh laman Facebook Apakes yang diulang siar daripada hantaran Fardiz Fiz, ia memaparkan harga bagi sepinggan makanan yang mencecah hingga RM100.

Ini kerana, menurut resit yang dipaparkan, lauk udang yang dinamakan sebagai Tiger Prawn sudah mencecah RM80 bagi dua ekor udang. Bagi makanan lain pula, nasi putih yang dikenakan berharga RM1.70, daging rendang 2 keping berharga RM8, sayur kobis RM2.50 dan ayam goreng RM8. Jadi, kesemua makanan sepinggan itu berharga RM100.

“Kekayaan sebenar bukan dari kereta dan rumah. Tapi bila time makan selamba ambil udang atau sotong besar tanpa tahu harga,” tulis laman Apakes di hantaran makan sepinggan RM100 dengan nada seloroh.

Kaya Sebenar Bila Selamba Ambil Udang Sotong Besar Tanpa Tahu Harga

makan sepinggan RM100

makan sepinggan RM100

Meninjau ruangan komen netizen, pelbagai pendapat yang diutarakan oleh orang ramai. Ada yang berkata bahawa ini adalah hak seseorang untuk makan apa yang dia mahukan setelah penat lelah bekerja. Mungkin orang yang menganggap hal ini sebagai pembaziran tidak akan mengerti.

“Kerja kuat kena lah makan sedap-sedap. Harga belakang kira. Kalau nak jimat dah tentu dia beli udang lepastu masak sendiri boleh makan satu keluarga. Ini untuk tekak dia sorang nak merasa. Duit boleh cari lagi, lainlah kalau dia pemalas,” kata netizen bernama Yanz.

Selain itu, ada juga yang memberi komen bahawa dia tidak pernah faham mengapa seseorang sanggup menghabiskan duit untuk lauk sepinggan seperti yang dipaparkan tersebut.

“Aku yang hidup makan makanan laut mahal-mahal tangakp sendiri sahaja. Jadi bila tengok kes korang ni pelik jugak lah. Aku bukan nelayan. Hobi je. Tak pernah lah nak beli benda-benda macam ni. kalau nak set masa pergi je terus. Hati pun puas,” komen netizen bernama Harith memberi pendapat di hantaran makan sepinggan RM100 berkenaan.

“Mungkin Dia Makan Untuk Puaskan Hati Lepas Penat Kerja..”

makan sepinggan RM100

Kesimpulannya, adalah hak seseorang untuk makan apa sahaja yang dia mahukan. Asalkan hal itu tidak memudaratkannya dan tidak berlaku pembaziran. Sebab bukan selalu makan sedap-sedap macam ni, kan?

Tetapi sebagai pengguna bijak, korang mesti tahu juga harga sebelum membayarnya. Jika mahal, anda ada hak untuk bertanya kenapa harga yang dikenakan sedemikian. Semoga yang baik-baik sahaja buat peniaga dan pembeli.

Sumber: Faridz Fdz

Baca juga: Harga Getah Semakin Rendah, Penoreh Gadai Emas Beli Makanan Bagi Kelangsungan Hidup

tags: | | |