Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Coming Soon Waktu Sahur” – Lelaki Ini Kongsi Wajah-Wajah Rakannya Yang Tak ‘Morning Person’ Pergi Sarapan Awal Pagi, Rehearsal Sahur

“Coming Soon Waktu Sahur” – Lelaki Ini Kongsi Wajah-Wajah Rakannya Yang Tak ‘Morning Person’ Pergi Sarapan Awal Pagi, Rehearsal Sahur

Kategori:

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma dan akan banyak cerita-cerita gelagat rakyat Malaysia yang kelakar pada bulan itu. Setiap tahun akan dengar cerita yang menarik, duka, sedih tapi ada juga yang gembira.

Seperti video ini, lelaki ini mengajak rakan-rakannya untuk sarapan awal pagi. Tetapi wajah rakan-rakannya itu menjadi kelakar apabila mereka bukanlah morning person.

“Coming Soon Waktu Sahur” – Lelaki Ini Tunjukkan Wajah-Wajah Rakannya Yang Tak ‘Morning Person’ Pergi Sarapan Awal Pagi, Rehearsal Sahur

Video ini dikongsikan oleh dausheen yang menunjukkan wajah-wajah rakannya yang bukan morning person keluar sarapan awal pagi. Ada yang mata masih merah, termenung, tersenyum dan tertidur ketika beliau merakam mereka.

Walaupun makanan sudah sampai, mereka tidak sentuh lagi makanan tersebut kerana mungkin tiba-tiba terasa seperti suasana sahur dan tiada selera makan.

sarapan awal pagi

Mungkin ini adalah pertama kali atau jarang sekali mereka untuk sarapan awal pagi. Untuk para yang tidak bangun awal, ini mungkin adalah perkara nightmare untuk mereka.

Mereka digelar sebagai burung hantu kerana mata mereka cerah pada waktu malam namun tidak pada waktu awal pagi. Mungkin tabiat ini terlekat kepada mereka daripada PKP pada waktu dulu.

sarapan awal pagi

Tetapi netizen terkejut dengan kawan beliau yang tersenyum lebar ini.

Mereka bertanya “Tak yang senyum tu dah kenapa terlebih? Ambik ubat batuk cap ibu dan anak ke?” komen netizen bernama Aiman Adam kerana terkejut dengan senyuman kawannya itu.

Mungkin kawannya hanya mampu tersenyum dan redha sahaja kerana sanggup berkorban untuk sarapan awal pagi bersama rakannya.

@dausheen Morning person like me cant relate #breakfastchallenge ♬ We Know What You Whisper – Ludwig Göransson

Time Ni Lebih Penting Tidur Dari Makan

Meninjau di ruangan komen, rupanya ramai netizen yang bukan morning person juga dan tidak sanggup untuk bangun untuk sarapan awal pagi. Tetapi jangan lupa, sahur sudah tidak lama lagi dan ini adalah salah satu latihan untuk bersahur.

“Tak selera ya makan pagi-pagi.”, komen netizen bernama agustdeeyy mengatakan bahawa beliau jikalau di awal pagi tiada rasa ingin makan dan tidak akan menyentuh makanan itu.

sarapan awal pagi sarapan awal pagi sarapan awal pagi sarapan awal pagi

Tidak sabar untuk menunggu bulan Ramadhan yang tidak lama sahaja lagi. Tidak sabar untuk cari kenangan dan pahala sepanjang bulan itu.

Semoga kita sempat untuk merasai bulan Ramadhan.

Kredit: dausheen

Baca Juga: Satu Pinggan Boleh Makan Untuk 5 Orang, Pelanggan Nasi Bukit Padang Jawa Terkejut Tengok Portion Menggunung Atas Pinggan

tags: | | |