Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Biasa Dengar Ayam Geprek Sahaja Kan? Tapi Lelaki Ini Masak Dan Makan ‘Ular Geprek’, Katanya Sedap!

Biasa Dengar Ayam Geprek Sahaja Kan? Tapi Lelaki Ini Masak Dan Makan ‘Ular Geprek’, Katanya Sedap!

Kategori:

Ayam Geprek merupakan hidangan yang sangat popular zaman ini. Asalnya Ayam Geprek ini adalah dari Indonesia. Tetapi sejak hidangan ini diperkenalkan di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia menggemarinya.

Tetapi pernahkah korang dengar hidangan Ular Geprek? Jarang sekali atau memang tidak pernah langsung kan? Mendengarnya memang tidak apa lagi memakannya. Kerana dalam Islam ular adalah salah satu haiwan yang dilarang untuk dimakannya.

Ternyata sedap dan enak…

Berkenaan dengan Ular Geprek ini, ada seorang lelaki di Indonesia yang menyediakan Ular Geprek ini lalu memakannya. Menerusi video yang dikongsi olehnya itu, Ular Geprek yang baru dicuba pertama kalinya itu ternyata sedap dan enak.

Agak pelik dan menggelikan tetapi memakan ular adalah satu kebiasaan bagi sesetengah rakyat Indonesia dan negara lain. Video yang berdurasi selama 10 minit 50 saat itu dimuat naik ke dalam YouTube milik Youtuber terkenal Indonesia iaitu The Santoso. Memang video yang dibuat oleh The Santoso ini agak aneh dan menggelikan.

Seperti mana sebelum ini dia juga ada memuat naik sebuah video berkenaan dengan merendam ular ke dalam air coca-cola. Dan hasilnya memang sangat mengejutkan kerana terlalu banyak cacing yang keluar dari badan ular tersebut.

Berkenaan dengan Ular Geprek, di dalam video tersebut menunjukkan step awal memasak Ular Geprek daripada menggoreng ular, mencelup ke dalam tepung dan memakannya. Bagi yang mudah berasa geli dengan binatang tersebut jangan sesekali cuba melihatnya ye. Takut termuntah pula.

Sumber : The Santoso

 

tags: | |