Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Menyesal Beli Burger McDonalds Kam Heong, Rasa Macam Roti Gardenia Ikan Bilis Je

Lelaki Ini Menyesal Beli Burger McDonalds Kam Heong, Rasa Macam Roti Gardenia Ikan Bilis Je

Kategori:
burger mcdonalds spicy kam heong

McDonalds merupakan salah satu rangkaian makanan segera yang paling digemari ramai. Setiap negeri pasti akan ada cawangannya. Sewaktu ketika dahulu, McDonalds hanyalah mengeluarkan beberapa menu sahaja.

Namun kini lebih 20 menu yang dikeluarkan oleh setiap restoran. Terdapat pelbagai jenis burger dan air, mungkin disebabkan oleh itu McDonalds menjadi pilihan makanan segera yang utama di Malaysia.

Malah setiap bulan, pasti ada sahaja menu baharu yang keluar. Mungkin itu adalah salah satu teknik yang pihak mereka gunakan bagi menarik perhatian pelanggan.

Pastinya korang semua sudah sedia maklum bahawa McDonalds baru sahaja mengeluarkan menu baharu iaitu burger yang diberi nama Spicy Kam Heong. Burger ini terdiri dari dua pilihan iaitu ikan dan ayam.

Harga bagi set burger Spicy Kam Heong ayam dan ikan adalah RM15.99 di mana terdiri daripada burger dan air.

Menyesal Beli Burger McDonalds Kam Heong?

Memandangkan ia adalah menu baharu, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah sedap atau pun tidak. Malah ramai juga yang bakal dan sudah membuat review berkenaan dengan menu baharu yang muncul ini. Termasuk lelaki yang dikenali dengan nama ahmadhunain_ menerusi akaun TikTok.

Menerusi video review menu baharu McDonalds yang dimuat naik olehnya, Hunain berkata dia berasa menyesal membeli burger Spicy Kam Heong ini. Menurutnya, burger baharu tersebut rasa seperti roti Gardenia ikan bilis sahaja. Ekoran itu dia memberi 3/10 mata sahaja untuk menu tersebut.

Hunain juga sempat memberi maklum balas berkenaan dengan McFlurry Pisang, ia juga merupakan menu terbaharu dari McDonalds. Katanya, rasa McFlurry tersebut biasa sahaja dan tiada apa yang istimewa. Jadi dia memberikan 5/10 mata sahaja.

@ahmadhunain_

Mcd kam yeong apa entah, tak best sekian #fyp

♬ POP! – NAYEON

@ahmadhunain_ Mcd kam yeong apa entah, tak best sekian #fyp ♬ POP! – NAYEON

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan pendapat dari warga TikTok mengenai rasa burger tersebut. Ada yang menyatakan, roti Gardenia ikan bilis tu pun lagi sedap. Dalam masa yang sama ada juga yang menulis, nasib baik masih setia dengan Spicy Chicken McDeluxe.

Di samping itu ada juga yang meninggalkan komen menyatakan citarasa masing-masing lain kot. Tekaknya rasa sedap dan setakat ini sudah 5 kali repeat. Tidak kurang juga ada yang tengok Insta Famous lain yang membuat review cakap sedap.

Walaubagaimanapun, ia adalah berdasarkan citarasa masing-masing. Setiap orang memiliki citarasa yang berbeza-beza. Mungkin bagi si A rasanya sangat sedap dan mungkin juga bagi si B rasanya tidak sedap.

Kena masing-masing merasainya barulah tahu tahap mana kesedapan burger McDonalds Spicy Kam Heong ini. Buat korang yang dah pernah rasa, jangan lupa tinggalkan komen korang di ruangan komen.

Sumber: TikTok ahmadhunain_

Baca juga: “Nak Marah, Orangnya Pekak..”, Peniaga Burger Buntu Kena Sound Dengan Pelanggan OKU Rupa-Rupanya Nak..

tags: | |