Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ternyata Hari Ini Kiamat..”, Lelaki Ini Terkejut Lalu Depan Sebuah Kedai Makan, Rupa-Rupanya…

“Ternyata Hari Ini Kiamat..”, Lelaki Ini Terkejut Lalu Depan Sebuah Kedai Makan, Rupa-Rupanya…

Kategori:
lalu depan sebuah kedai makan

Waktu operasi sesebuah kedai makan biasanya akan dipaparkan pada bahagian hadapan kedai untuk memudahkan pelanggan mendapat informasi. Ini bagi memudahkan sesiapa yang ingin berkunjung ke kedai makan tersebut.

Misalnya, ada yang letak papan notis open/close di bahagian pintu dan ada juga yang memaparkan pada kain rentang yang dipasang di kedai.

Bercerita tentang hal itu, baru-baru ini seorang lelaki di laman TikTok berkongsi kisahnya yang terkejut melihat waktu operasi dipamerkan oleh sebuah kedai makan. Ini kerana, apa yang dibacanya sangat mendebarkan sekaligus melucukan.

“Ternyata Hari Ini Kiamat..”, Lelaki Ini Terkejut Lalu Depan Sebuah Kedai Makan, Rupa-Rupanya…

lalu depan sebuah kedai makan

Menerusi video berkenaan, dipaparkan satu kain rentang operasi kedai makan yang bertulis ‘BUKA SETIAP HARI KECUALI HARI KIAMAT’. Dan ternyata, ketika merekod video berkenaan, kedai makan tersebut tutup. Jika mengikut kain rentang itu, ini bermakna hari kedai mereka tutup adalah hari kiamat.

“Baru sedar ternyata hari ini KIAMAT,” tulisnya pada keterangan videonya yang terkejut ketika lalu depan sebuah kedai makan.

lalu depan sebuah kedai makan

@simonherli

Kiamat ternyata hari ini 😭

♬ Usik – Feby Putri

@simonherliKiamat ternyata hari ini 😭♬ Usik – Feby Putri

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyifatkan tuan kedai tersebut memiliki kreatif marketing yang luar biasa. Selain menghiburkan, ia juga menarikan pelanggan untuk melihat kedai mereka.

“Hahaha, kreatif juga tuan kedai ni,” kata seorang netizen bernama Syuhailah memberi komen berkenaan kisah lelaki yang terkejut ketika lalu depan sebuah kedai makan terbabit.

Selain itu, seorang lagi netizen bernama Ms.Ranunculus turut memberi komen.

“Tenang betul kiamat dia siap orang lain boleh merakam,” tulisnya dengan unsur jenaka di ruangan komen itu.

Kreatif Juga Tuan Kedai Ni

lalu depan sebuah kedai makan

Min pun terhibur dengan waktu operasi yang ditulis pada kain rentang berkenaan. Memang kreatif dari segi marketing kerana orang ramai akan tertanya apakah maksud harfiah yang cuba disampaikan. Kan?

Buktinya, orang ramai memuat naik lokasi kedainya ketika melihat benda lain daripada yang lain. Hasilnya, ramai yang tahu berkenaan kewujudan kedai makan ini.

Sumber: Simon Herli

Baca juga: Guru Pendidikan Khas Terjumpa Bekas Anak Murid OKU Di McD, Kagum Tengok Mereka Gigih Bekerja

tags: | |