Penyedut minuman plastik atau secara umumnya dipanggil sebagai straw adalah satu benda yang selalu menjadi isu perbincangan jika dikaitkan dengan pencemaran ekosistem.
Menurut laporan University City High School Commander, berdasarkan laman sesawang mengenai larangan straw, jika tiada tindakan yang diambil sekarang, menjelang tahun 2050 akan ada lebih banyak plastik di lautan berbanding ikan.
Straw plastik berakhir di lautan melalui aktiviti seperti pembuangan sampah, ditiup keluar daripada tong sampah atau ditinggalkan di pantai. Straw plastik juga merupakan salah satu daripada sepuluh item yang ditemui semasa pembersihan pantai.
Jadi, pelbagai alternatif yang digunakan untuk menggantikan straw plastik. Misalnya straw kertas dan besi diguna ramai oleh individu dan restoran untuk menyokong menyelamatkan alam sekitar.
Tetapi ia berbeza dengan video yang tular semalam berkenaan alternatif straw. Video yang diulang siar oleh Malaysian Update News di laman TikToknya menunjukkan seorang lelaki menebuk bahagian atas dan bawah sosej tersebut dan menjadikan ia sebagai penyedut minuman.
Tidak diketahui motifnya berbuat sedemikian kerana dia menggunakan straw juga untuk menebuk sosej itu. Jika ada straw, mengapa dia menebuk sosej berkenaan? Hal itu telah menimbulkan pertanyaan oleh netizen yang menontonnya.
“Dia boleh simpan balik straw tu,” tulis Malaysia Update News dalam keterangan video.
@malaysianupdatenews Dia boleh simpan balik straw tu 🤣🤣 #videoviral #trending #malaysianupdate #fyp
@malaysianupdatenews Dia boleh simpan balik straw tu 🤣🤣 #videoviral #trending #malaysianupdate #fyp ♬ Sneaky Snitch – Kevin MacLeod
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang menyatakan bahawa lelaki itu mempunyai kreatif dan invovatif yang lain dari yang lain. Mereka juga sifatkan tindakan berkenaan sebagai aksi ‘melawan hukum’.
“Apa masalah dia? Aduhh ni mungkin kes terlalu kreatif ni,” kata netizen bernama Haznaj.
“Okay lah tu simpan balik straw tu dari buang merata-rata,” komen netizen lain bernama Allyx.
“Berfikir di luar kotak,” tulis Mel.
Dalam kisah lelaki jadikan sosej sebagai straw ni, mungkin hanya dia yang tahu kenapa dia berbuat sedemikian kan? Boleh jadi straw tu bocor di tengah dan menyukarkan dia untuk minum. Tak apalah, apa-apa pun semoga brother tu bahagia.
Sumber: Malaysia Update News
Baca juga: Rezeki Roti Jala Jalur Gemilang, Suri Rumah Ini Terima Banyak Tempahan Dari Pelanggan!